Wednesday, February 11, 2009

Ong Bak Takde Ong!

Sabtu lepas aku sekeluarga pergi ke Alamanda nak tengok wayang "Ong Bak 2". Pada mulanya aku tak bersetuju pasal cerita itu 18SG, tak sesuai untuk Qis tetapi Nurul mendesak dan memujuk aku untuk pergi juga. Katanya boleh lepas punya, dulu dia dah buat kat KLCC... lepas.

Oleh kerana kesungguhannya yang terpancar jelas, aku mengalah dan bersetuju saja sebab akupun memang nak sangat tengok filem tu. Nurulpun terus buat booking online.

Show time 2.45 ptg, jam 2 kami bertolak ke Alamanda. Setibanya di sana terus kami ke GSC beli pop corn dan sebagainya utk kunyah kunyah sambil nonton. Dah dapat bekalan bergegas kami utk masuk tapi kami ditahan pasal?....pasal apa lagi, pasal memang cari pasal la. Dah 18SG Qis tak dibenarkan masuk, puas kami pujuk rayu, tak dilayan..reason...supervisor ada.

Kaunter cuba jual balik tiket tu, kalau tiada buyer kira burn! Nurul ajak tengok Pink Panther 2, aku cam dah malas dah. Pink Panther bukanlah dalam wish list aku. Tapi aku layan aje le. Memang layan ...sampai aku tertidur dalam tu, lawaknya setakat aku boleh seyum je walaupun orang sebelah aku ketawa bagai nak rak. Tiket Ong Bak tu nasib baik ada buyer so dapat la duit balik.

Itulah sahaja entry aku untuk hari ini, sehingga kita bertemu lagi dilain hari dan waktu, dan saya sudahi dengan wabillahi taufik walhiyah wassalamualaikum warah matullahi wabarakatuh!

3 comments:

ciksugallery said...

Kiranya macam buat wayang sendiri lah kiranya tu. Tapi memang kita kalau dah semakin meningkat tua memang suka tidur dalam panggung..

hedgebeewhy said...

Tapi masa muda mudi dulupun bukan aku setakat suka tido dlm panggung je, mandi, memasakpun aku buat...hihihuhuha

Anonymous said...

aku rasa silap aribulan lah pasal sabtu lepas tu hari pink sedunia barangkali!

bg

My Blog List

HEDGEBEEWHY PHOTOGRAPHY


About Me

My photo
Aku adalah aku, hanyalah seorang hamba Allah yang sentiasa mengharapkan keredhaanNya. Sesungguhnya aku seorang hamba Allah yang banyak kekurangan dan aku sentiasa mencuba untuk mencari cahayaNya.

Followers

Visited