Tuesday, December 23, 2008

I Follow...

MY LUCKY FOUR FACTS
Memandangkan aku tengah ada mood nak mengupdatekan blog aku kali ni, maka aku try layan tagg TPE ni. 

• Four jobs I’ve had in my life:
i) Prime Minister of Papua New Guinea
ii) CEO of hedgebeewhy.blogspot.com
iii) Cleaner kat Daya Bumi (ini betul punya, masa lepas spm)
iv) Pembancuh air (ni pun masa lepas spm)

Sejarah...customer order teh o ais, aku bagi coke ais. Punye bengang mamat tu, regular cust. lak tu. manalah aku tau, masa tu baru seminggu keje kat kedai makcik aku tu.

• Four movies/TV series I would watch over and over: (oh, this is hard rock bei beh..)
i) P Ramlee movies
ii) Akademi Fantasia (santai...boleh lelapkan mata)
iii) Tom Tom Bak (terpaksa join...turn tina)
iv) Bolasepak (kategori tv series gak ke?)

• Four places I’ve lived:
i) Tebong, Melaka
ii) Bahau, Negeri Sembilan
iii) Gua Musang, Kelantan
iv) Bangsar, USA

• Four places I’ve been for the past one week:
i) Port Dickson
ii) (office) KL Sentral
iii) Bangi (lunch kambing bakar)
iV) Jiran...kenduri kahwin

• Four people who e-mail me regularly:
i) cattwomann (my wife)
ii) Friends.
iii) Colleagues.
iv) Britney Spears

• Four of my favorite food:
i) mom's sambal tumis ikan bilis and jering di serikan dengan pucuk ubi petai masak lemak kuning tempoyak...mcm tak brape betul susunan nama tu (aaaa..salivating nih!!) apa tuh??
ii) Nasi Kandar Penang
iii) Nasi Ayam Hailam, Bkt Bintang
iv) Oppsss..lupe, bini aku punya masakan la, apasaja asalkan air tangan bini.

• Four places I would rather be right now:
i) curled up on my bed, sleeping.
ii) PD with my wife
iii) Japan with doraemon
iv) heaven (oh...aku tak sanggup ke nerakamu namun ku tak layak ke syurgamu)

Siapa Fatihah?

Cam biasa lepas aku ambek Tina kat neseri kami terus pegi makan dulu. Makan kat Hj Tapah, restoran mamak yg terunggul kat Seri Putra...24 jam, ada giant screen tapi lately ni aku tgk dah tak 'on' lagi. 

Renovate tambah tempat mkn ada aircond. Setiap kali aku tanya bila siap? jawapanya Hari Rabu (sambil menggelek2kan kepala). tapi dah berbulan2 tak jugak siap. Mungkin betul jugak mamak tu, pasal dia tak cakap rabu bulan bila.

Hari ini kami repeat lagi makan cam smalam, roti nan ayam tandoori... pergggghhh sedap siottt!!! Sedang kami tunggu order tina mintak hp aku, dia nak call mama. aku kata tak boleh pasal time ni mama tgh course. 

Tapi aku bagi tina sms jer mama. diapun taiplah...first time dia sms mama dia. nasib baik E71 keypad mcm keyboard...(poyopo).

"mama buat apa, tina rindu mama"  sms tina buat mamanya

Balik rumah tina mintak nak sms lagi pasal yg tadi mamanya tak reply. akupung settingkan tinggal dia type je.

Selang beberapa minit mamanya buat video call. terus aku pass kat tina. dah puas melayan tina nurul mintak nak cakap dgn aku. 

Nurul tanya aku ada hantar sms kat sesape ke? aku kata no, kenape? 

Dia desak aku ada tersalah sms ke, ayatnya "Fatihah buat apa?" 

Sape Fatihah??? tanya nurul. Oh ini mesti kerja tina pasal tadi dia kata dia hantar sms kat kawan dia. apo..dia ingat pakai niat jer sms boleh sampai. Manalah aku ada no Fatihah tu.

Itupun mamanya tak berape percaya terpaksalah aku suruh tina sendiri convincekan mamanya. Entah apa hal lah tinapun, dlm banyak2 kawan  nama Fatihah yg dia pilih, nama yg jarang skali yg dia sebut, yg kitorgpun tak kenal. Itu yg mama dia musykil tu...hmmmm...siapa Fatihah hah?

Sunday, December 21, 2008

Aduhai isteriku

Genap seminggu isteriku yang bernama Nurul tiada dirumah. Hanya aku dan anakku yang bernama Qistina sahaja tinggal di rumah. 

Oppsss ayat tu bunyi mcm ada banyak bini pulak...sori darling, kaulah satu satunya isteriku, tiada 2 tiada 3. Kaulah puuuujaan hatiku...sudah ku bilang dari dulu, kau ku ibaratkan mcm supermarket (maknanya perfect, kan kat supermarket apasaja yg kita nak beli ada dijual kat situ).

Walaupun sikalang ini ada mcm2 supermarket baru dibuka tapi bagiku kaulah supermarket halal yg suka kukunjungi. (yang lain tu non halal..hahaha).

Tinggal 3 hari lagi, Rabu ni aku & Tina akan ke PD jemput Mamanya pulang. Nurul kursus induksi 10 hari kat Glory Beach Resort, PD. 

Tak pernah kami berpisah selama ni, paling kuatpun 3 hari 2 malam...ceh mcm pakej cuti plak. Nasib baik ada Tina, taklah sunyi sgt. Tinaaa...arghhhh

Friday, December 19, 2008

Cikgu Yang Jahat

Walaupun tajuk aku kali ini  seakan akan nama blog 'budak yang jahat' tu tapi sebenarnya tiada kene mengena sama sekali dgn mamat tu. Aku teringat kembali kisah aku 29 tahun dulu apabila si asnol bukak citer kisah skolah dia lunch tadi.

Masa tu aku standard 3, sekolah rendah gua musang kat kelate nu...aku ketua kelas, keje aku setiap hari "banguuunnn...selamat pagiii cikguu", Macamana aku boleh jadi ketua kelas??? Pasal masa tu aku yg paling hensem, hensem sikit dari abg poji...hehehe 

Tetiba pada suatu hari masuklah ke kelas seorang guru lelaki ni yang aku dah lupa subject apa yg dia ajar...almaklumlah dah 29 tahun lalu tapi jahatnya sampai la ni aku masih ingat..

Kelas kami kelas campur boys & girls, cikgu sambil duduk kat kerusinya beri arahan "Igak Hise bawok atah mejo ni!!" (tangkap Hisham bawak ke atas meja ni!

Sepantas kilat sorang pegang tangan kiri, sorang pegang tangan kanan, sorang pegang kaki kiri, sorang pegang kaki kanan diusung bawak dan di letakkan di atas meja guru dalam kelas tu. Lepas tu dtg lagi 2 org tukang ten..teng..tengggg, cuba teka apa dia buat.....keje 2 lakhnat ni bukak seluar mamat ni sampai tertanggal, terbogel bulat lepas tu barulah dilepaskan. menggagau mamat ni turun dari meja tu pegi pakai balik seluar dia. Pastu ramai2 pakat gelak...hahahaha

Itulah keje cikgu ni tiap kali subject dia. Mangsanya bertukar tukar tapi lelaki saje. Aku ingatkan aku sebagai ketua kelas kebal tapi tidak....Argghhhh tidak...  akupun diusung kemeja. Aku menggelupur, try terajang lakhnat2 tu...tapi tak berdaya, kaki tangan dah kena pegang. Aku rasa macam mangsa carnibal holocus, nak kena panggang & makan. 

Aduh...macamana ni malu kalu dibogelkan..maluuuu...oh tidak, aku jerit sekuat hati. sampai satu skolah boleh dengar. Akhirnya aku dilepaskan tanpa sempat dibogelkan. Yess....teruna aku tak terusik kalu tidak aku saman cikgu tu RM10,000,000. Biar sampai cucu cicit dia kena bayar. 

**Nasib baik bos kat tempat keje tak ada yg cenggitu, kalu tidak...wakakaka

Sunday, December 14, 2008

Tina Tempe



Kalau tak silap 2 minggu lepas aku ada forward email kat geng opis cerita pasal Nenek Sipenjual Tempe. Kisah citer tempe ni aku citer balik kat anak aku masa malam nak tidur. Tak sangka cerite nenek dan tempe ni meninggalkan kesan mendalam kat anak aku. Pagi keesokan harinya dia kata "bestla papa citer yg papa citer malam tu, nanti papa citer lagi ya!"

Tapi malangnya tempe tupun dia tak tau apakebendanya. Bukannya dia tak pernah dia makan tempe tu, cuma dia tak ambik pot namanya. Sekarang ni anak aku dah jadi penggemar tempe no 1. Lunch tadi dia makan nasi dgn tempe je, benda lain tak nak...tak cukup satu, 2 keping dia pelahapnya. Gambar ni sebagai bukti kesan cerite tempe terhadap anak aku.

***last week aku ada bawak tina pi beli tempe goreng kat makcik jual goreng pisang, Tina tanya aku nenek itu ke yg aku citer kat dia...hahahhaa (aku gelak).

Tuesday, December 2, 2008

Ajaibnya!

Semalam seperti biasa aku pulang dari kerja, tapi kali ni agak lewat sikit jam 8.40 mlm baru aku jejak rumah. Biasanya terus aku masuk rumah tapi kalini kebetulan aku dgn jiran sebelah serentak sampai. Memberpun mcm nak ajak aku beborak so akupun layanla. Kami ni walaupun sebelah rumah tapi jarang berjumpa lebih lebih lagi jiran aku ni selalu outstation...kerja dgn kapal.

Dalam dok asyik kami beborak tetiba aku terpandang ke langit...wauuuuu...terkejut jap aku. Tak pernah aku tengok keajaiban campur kebetulan seperti ini terjadi. Paduan bintang dan bulan terbentuk sperti "smiling face". member akupun agak tergamam sehingga menggigit jari...hehehe. Terus kami mengkaji bintang tersebut mengalahkan ahli kaji bintang. Pasal...yang satu bintang tu cahayanya agak samar2 tapi yang lagi satu tu sungguh jelas dan lebih besar.

Apalagi terus aku panggil nurul dan tina ambik videocam dan rekod. Bolehla jugak kengkawan aku tengok. Aku dok ingat kami jer yg nampak keajaiban ni aleh2 aku tengok dalam buletin utamapun ada masuk masa kat last berita nak habis tu...kueng kueng kuenggggg.


Thursday, November 27, 2008

Perghhh....

Lagu 'When The Children Cry" ni salah satu lagu favourite aku. Selalu kalu aku overnite buat freelance job, lagu ni pasti menemani malam2 heningku. dengar melodinya boleh bikin jiwaku tenang setenang itik berenang. Tapi lagu yg ori la...white lion. Budak ni aku kagum tgk dia petik gitar tu. 

Wednesday, November 26, 2008

Nanti...Mati!!!

Nak citer kisah smalam, jam 11 mlm cam biasa aku & qistina jadi org yg terakhir naik tido. Nurul ngantuk katenya, stengah jam lepas dia dah naik tido. Aku biasalah sejak akhir2 nik syok melayari internet. Adaje benda nak tgk dan buat. Dah jadi kebiasaan kalu aku dok depan laptopku, tina akan dok depan G3 dia. Apa lagi main game onlinenye, tak habis2 ngan game makeup lah, barbie lah dan apepeje asal game tu ada sifat2 kewanitaannya.

Aku sesambil surfing, aku burn imovie yg sudah aku edit dari lastweek lagi, movie family day nurul dia nak bawak gi opis nak poyo kat kengkwannya yg husbandnye hebat...boleh buat movie macam piere andre..hehehhe.

Tina mundar mandir sambil dia tunggu gamenya loading, dia tgk tvlah, bukak fridgelah kacau akulah dan memacam lagilah...tetiba dia dtg kat aku...

papa vitamin ni boleh makan lagi tak? tanya tina

emmm...boleh lagi. sambil aku tgk expiry datenya.

Ini gara2 dia tgk iklan tv ituhari...iklan vitamin.

Akupun bukalah vitamin tu dan bagi kat tina. Pastu aku layan balik pawerbook aku tu. Yess...movie aku dah ready. Terus aku eject n gi try kat dvd player, nak tengok clear x gambonya. Tengah aku masukkan cd & on kan player tu, Tina tanya aku (masa tu dia dok kat sofa sdg tgk tv)

Tina : Papa sedapla vitamin ni!
Aku : Banyak ke tina makan? (mataku tgk botol vitamin yg tina tgh pegang tu)

Tina : (senyap...dia takut nak jawab)
Aku : Tina tak boleh makan banyak tau! tegas aku yg mula dah suspen, bayangkanlah lebih kurang 15 minit lepas dia dah dok kunyah vitamin tu. bayangkanlah brape byk dia dah telan.

Tina : Kenapa?? (dengan rilax sambil mengunyah dia tanya)
Aku : NANTI...MATI....(aku yg agak tergamam & tak tau nk jwb apa, aku tgk dah tinggal sikit vit tu)

Tina : Waaaaaaghhh...papa tina tak nak matiiiii...(terus menangis sambil meluru kat aku dan peluk aku)
Aku : Bape banyak tina makan? 10 biji? 5 biji? Sambil tunjuk jejari aku supaya dia boleh agak.

Tina : Tak tauuuu....warrgg...tina tak tauu

Aku agak ada 10 biji lebih dia dah makan.

Bercurahanlah air matanya yg ketakutan. Terus aku rasa nak ketawa dan sayu lak dgn dramanya. Terpaksalah aku tenangkannya dan terus aku peluk dia erat2. Papapun tak nak tina mati...papa sayang tina. Begitulah budak2 percaya bulat2 apa yg mak bapaknya cakap...moral of the story, lu pikirlah sendriiiii!!!

Sunday, November 23, 2008

Nekad

Dah nak hujung tahun, jadi kali ni aku dah pilih 'Azam' yang patut aku target untuk tahun depan. Seingat akula azam yg paling berjaya aku buat sebelum ni adalah utk tutup kad credit dan bayar hutang. Alhamdulillah satu loan dan satu credit card berjaya aku hapuskan...tapi ada lagi yg lain. Biasalah selagi hidup selagi tulah berhutang bagi org2 yang macam aku ni. 

Ok berbalik pada tajuk aku tu sebenarnya aku dah berNEKAD utk berhijrah dari seorg graphic designer kepada photographer. corneamelayu, aku dah pass quotation Saiful Nang tu kat salina, dia setuju dan akan keluarkan LOA utk byr booking fees tu, amacam...ada brani. Insyaallah course tu nexyear bulan 2. Mcm lambat sgt tapi apa bleh buat course utk bulan 12 ni dah penuh jadi terpaksalah aku bersabar sikit. Kalu ikutkan hati esok gak nak gi klass tu.

Semalam aku gi wedding adik aku kat muar. Biasalah ada kahwin adalah fotograferkan. Hati aku berbisik, inilah kesempatan yg patut aku blajar. Memandangkan aku belum ada lagi DSLR aku sendiri maupun compact camera, aku amek video ajela, layan gak video ni pasal aku suka buat editingnya lepas tu. Sambil2 tu mata aku curi2 tgk mamat tu ambik gambar. Ok la mcm fotografer biasa ambik gambarr...aku tak boleh nak ukur kebagusannya lagi selagi aku belum tengok hasilnya. Adik aku kata gambar dia cunn, ok tengoklah nanti. Oh ye, lupa nak citer camera apa dia pakai, Nikon D80. 

Yess dia tengah lepak (tunggu pengantin tukar baju)...kesempatan utk aku beborak ngan dia. Mulalah berbagai soalan aku lemparkan. Katanya dia buat wedding ni dah 3 tahun tu pun part time je, fulltime jaga kedai bakery family dia punya. Nexyear baru dia plan nak buat photography ni fulltime. Dulu dia keje kat agency sebagai photographer. Aku tanya kat mana dia blajar fotografi ni. katanye kat MMU. Dia tanya aku minat fotografi ke, aku kata aku minat dan plan nak ambik course kat saiful nang. dia terkezut pasal katanya dia baru pi photocamp 2 saiful nang. katanya memang best banyak dia ajar pasal angle dan teknik...aku tak dpt nak tanya panjang lebar lagi pasal pengantin dah kluar dari bilik persalinannya. akupun bergegas pulang ke KL ngan family & sedare mare aku.

Aku harap aku success dgn nekad aku ni. Dari dulu lagi mmg aku minat dgn fotografi ni cuma tak berpeluang je utk menunaikan minat aku ni. almaklumlah hobi ni bukannya murah-murahan. Tapi sejak en roslan belikan aku camera tu minat aku dtg balik. Yati & salina pun soh aku pi training yg bersangkut paut ngan keje aku, yela EDP mana pernah aku pegi. Fotografi ni mmg relate ngan keje2 graphic. Pasni kalu nak buat company profile takpayah nak hire fotografer lagi. dari A-Z aku bleh buat kecuali printing je hantar luar. Keje akupun bertambahlah lagi le, takpe keje2 mcmni ada jiwa, aku suka. Sebenarnya bukanlah aku nak buang terus graphic tu, tak boleh buang cuma aku nak balancekan 50-50 dan kalu boleh 10 buat graphic & 90 buat fotografi...tu kalu aku dah berkerja sendirilah. skang ni ada camera tapi tak tahu nak guna sgt rugi rasenya, macam ada kreta tapi tau kedepan keblakang je. 

Aku tengok bidang fotografi ni mmg boleh cari makan kalu kita tahu mcm mana nak cari peluang tu. ada jugak member2 aku yg stakat cukup2 makan je, tapi itu semua rezeki masing2 yg penting kita mesti ada plan, kita tahu apa kita buat, bersungguh2 dan yg paling penting jgn berputus asa. Pegang minat tu dan buat bersungguh2 insyaallah lambat cepat kejayaan tu pasti datang. Jadi aku dah NEKAD utk ke Photocamp 2 tu, NEKAD seterusnya utk aku beli D90, insyaallh nexyear awal tahun aku harap aku dpt D90 tu....hihihihi

Tuesday, November 18, 2008

Family Day Opis Nurul

Awal bulan itu hari 1 nov opis wife aku wat family day kat dnelayan beach resort, pengkalan balak, tempat yang skang ni kecoh pasal kepala babi tu la. nasib baik aku & wife tak mandi laut tu, qistina alamak... mandi la tapi bile aku story kat dia, dia kata lepas tu dia mandi kolam, kira ok latuhh. 

Ada mcm2 aktiviti, bbq (acara wajib kalu g tpt2 mcm ni), karaoke secara paksa, group perfomance, amazing race, lucky draw, poco-poco, coloring contest & fesyen show utk bebudak.
 

Gambar ni adalah design kat blakang t-shirt family day tu. Designernye sape lagi kalu bukan hedgebeewhy (sempat buat bisnes lagiii) Kalu korg tgk nama BUNGE tu adalah nama glamor nurul kat opis. pasal kat opis dia dah ada staf nama nurul so diorg soh pakai nama lain. Tuan punye diri bagi nama ni (katanya ada citer disebalik terciptanya nama tu)


Atas permintaan ramai termasuk bosnya sendiri, nurul diminta nyanyi...kenapa? Pasal bila kat opis wife aku ni suka buka lagu pastu nyanyi2..lagu agak2 a...metalica. tapi masa karaoke ni dia nyayi lagu hihi bye bye. katanya lagu yg dia nk xde so belasahhh je...nanti aku try download videonya.


ha aaa...yg depan sekali tu la bos dia, aku yg tersorok kat belakang tu. Ini masa kami kena buat persembahan, nyanyi lagu Bila Larut malam...sepatutnya ada jantan sorg lagi tapi dia dah cabut awal2 lagi. yg ni aku xleh download videonya...kelakar siotttt.


Aku suka gambarni...tau kenape?? mesti xtaukan hahaha...akupun tak tau...hhahaha. Sebenarnya aku suka gambar ni pasal qistina yg snap masa aku tunggu nurul gi checkout. gambar terbaik yg pernah dia shoot.


Menang lagii...asal ada tresure hunt je aku menang...asal aku menang je tresure hunt..team kami menang no 1, dapat hamper & duit RM5000 sendiri punya...hahaha..tupun kalu ade.


Wednesday, November 12, 2008

Testing testing

Harap Maaf, blog ini dalam percubaan template baru, segala kesulitan amatlah dikesali. Aku rasa dah berjam-jam aku membuang masa dok test try tengok template baru...tiada yang berkenan dihati. Buat mase ni pakailah dulu template ni. Wa sudah fenatlah...nak tidooo.

Saturday, September 20, 2008

5 tabiat buruk anda time sekolah...
1. suke conteng kulit kepala member dgn pen...
2. pernah sekali ponteng tapi lepas tu  menyesal pasal tak tau nak gi mane, saje nak try
3. curi balik 1 jam awal. time tu dah hujung tahun, kami bertiga balik panjat pagar blakang skolah tapi 100m kemudian kantoi, cikgu kejar kami ngan motor...kakaka bodoh sgt rasenye
4. tak buat homework. kena ramai2 junjung kerusi pusing satu bangunan dari tkt 1 smpai 4. tuuuhan saje yang tahuuuu peeeerasaankuu...
5. tak pernah pegi cek gigi, kan time skolah dulu ada klinik bergerak dtg skolah buat rawatan gigi.

3 favourite subject anda...kenapa?
1. Seni Lukis. glamor, lukisanku selalu jadi perhatian kengkawan. cikgu siap tampal kat blakang kelas lagi
2. History. cikgu cantik...
3. P.J tapi kekadang bengang sgt bila tak ade ape2 aktiviti...cikgu takdelah, bola takdelah

3 subjek yang anda tidak suka...kenapa?
1. english pasal dah terror sgt sampai tak boleh diajar...skang padan mukeee... ada english day la pulakkkkk...
2. sivik tak tau apa blajar...
3. Geography. suara cikgu yang mengajar mcm mendodoikanku utk tidoo..zzzzzzzzzzzzzz

Menarik pada kamu???
emmm..entah la...lu pikir la sindriiii

Kamu paling suka?
Suka berangan nak tu, nak ni. nak jadi mcm tu, nak jadi mcm ni.

Anda tidak boleh hidup tanpa?
Apalagi...nyawala...

Setiap malam sebelum tidur, siapa yang anda hubungi?
Allah...baca doa ke apeke sebelum tido.

Thursday, September 4, 2008


Majlis Sirim Industri @ Sunway Hotel.

Aku & Nasi Kandar


Kalau nak tau, aku ni penggemar nasi kandar no 1. Kalau kat KL ni hampir semua pelosok aku dah pegi dan makan tapi org kata nasi kandar paling best skali kat Penang. So aku pun simpan impian utk ke Penang lagipun itulah satu2 nye negeri yang aku blum jejak...kire oversea la gak tu. Kalau tak silap ni gambar awal tahun ni, mase gi site visit Penang Sentral. Kata nyok (member kat sana) Line Clear ni antara yg paling popular. Akupung dgn penuh bangga bergambo depan kedai tu. Kalu tengok tempatnya..alahai ..celah lorong jer, kebersihannya wallahualam. Yang penting aku tak sakit perut sudah...Lauknye oklah best...saya bagi 4 bintang.
Helmi bos Penang Sentral yg shoot gambar ni, tengok signagenye jer wa dah telan ayak liuq...gluupp...

2008 MRCB RACE


Yuzle dengan bersemangat menyusun strategi
masa kat dalam Simphony Hall sebelum flag off.

Sebenarnya inilah saat yang membawa kejayaan team kami iaitu buat ketupat. Azmi & Asnol sebenarnya pakar ketupat yang pernah menggondol "Juara Ketupat Sepanjang Zaman" ketika masing-masing pernah mewakili kampung Muar & Chemomoi.

Bayangkanlah sebelum kami sampai kat check point ni, kedudukan kami no 13.
Oleh kerana dek terrornya 2 makhluk ni terus kami bersekedudukan di no 5.


Ini lagi satu makhluk pakar yang hampir pupus. Pasal tulah kami amek mamat ni join team kitaorg. Sekali celup jer dah dapat batu jemala tu.

Seksi tak..? Baju & seluar yang dia pakai tu memang dibuat khas untuk acara ni.
Dari no 5 kami naik 2 lagi anak tangga...no 3. Syabas baby.....


Kat sinilah kami kantoi...pasal no gerai tu punye pasal. Kami buang masa cari no tu...rupe-rupenye dia terbalikkan no tu...Azmi sekali lagi menyelamat team kami, dia yang jumpe. Tapi ada satu team tu (Boyz 3 women) bukan nama sebenar...tak jumpa clue tu tapi terus jalan pastu buat panggilan hayat...hihihi
Dari no 3 jatuh no 6. Team HMA sudah cantas kami...


Biasalah...asal ada je kerja-kerja seni, akulah yang kena buat.
Cantik tak...?


Makan kopok lekor...kami kena uli, rebus dan makan kopok tu panas-panas. Wa berbulu-bulu jer ngan spesis yg nak pupus tu. Sebelum start race ni punyelah dia pukul canang...pakar pemakanan lah, ape saje bagi dia boleh telan, tapi at last aku ngan Asnol je yang makan bersungguh2. Yang mamat 2 org tu makan ala ala pengantin gitu...


Aku dgn skill tersendiri..ini sebenarnya acara terakhir. Kami dapat overtake boyz 3 women tu...last checkpoint kami sampai no 5....Ada banyak lagi game sebenarnye yg kami takde gambo...macam rock climbing (wa sindri panjat), Bukak padlock dan macam2 lagi lah...


Malam dinner... selepas award ceremony.


Asnol dengan gaya terkini...gembira sakan akhirnya team kami naik stage gak...kami menang no 3. Dapat RM2,500...syukurrrr


HMA, Mazli & Tarmizi...mintak nak bergambar ngan kitaorg...


Sebelum balik kami singgah kat ...alamak lupe lak name tempat tu, kami makan rojak ayam...sedapppp. Yati belanja...kami paksa dia belanja pasal dia menang no 1...heheheh




Thursday, July 17, 2008

Juha 'Mr. Bean' Zaman Abbasiyah

.

Juha Membalas Dendam

  .uatu hari aku telah bersetuju dengan beberapa orang sahabatku iaitu untuk mengadakan satu pertandingan. Jika aku dapat mengalahkan mereka, maka mereka kena menjamu aku makan dengan satu hidangan yang sedap-sedap dan bermacam-macam makanan. Dan jika aku yang kalah maka akulah yang kena jamu mereka makan.

    Dengan satu syarat iaitu aku di kehendaki duduk di satu kawasan yang lapang di waktu malam di musim sejuk dan mereka tidak akan mengawasi aku bermakna aku mesti amanah tidak boleh menipu. Dan ada syarat yang lebih penting lagi iaitu jangan ada langsung tanda-tanda bahawa pada malam itu aku menyalakan api untuk memanaskan badan aku dari kesejukan, ini yang paling penting. Aku pun bersetuju oleh kerana aku yakin bahawa aku akan mampu menyahut cabaran tersebut dan aku berjanji akan benar-benar menepati syarat-syarat sebagaimana yang telah ditentukan. Maka pada malam itu aku pun berbuat sebagaimana yang telah diminta kepadaku.

    Kemudian pada keesokan paginya mereka pun beramai-ramai datang menemui aku dan meminta kepadaku agar menceritakan apa yang telah berlaku pada malam tadi dengan amanah dan jujur. Aku pun menceritakan kepada mereka: “Sesungguhnya pada malam tadi tidak ada yang aku dengar melainkan desiran dedaunan pokok yang ditiup angin. Selain itu aku juga mendengar tiupan angin yang agak kencang hingga menyebabkan aku merasakan kedinginan yang sangat dan juga aku terlihat dari kejauhan iaitu lebih kurang sebatu di depanku kelihatan api yang aku rasakan mungkin itu longgokan api.”

    Tiba-tiba salah seorang dari mereka bangun dan berkata: “Bukankah kita dah berjanji jangan langsung kamu menyalakan api ataupun ada apa-apa unsur yang boleh mendatangkan kepanasan bagi kamu, bermakna api itu dapat memanaskan badan kamu dan kamu telah menyalahi syarat perjanjian kita!” Bangun seorang lagi, dia juga berkata, menguatkan kata-kata kawannya itu tadi dan akhirnya mereka memberi keputusan akulah yang kena menyediakan kepada mereka makanan yang sedap-sedap. Aku pun bersetuju tanpa banyak cakap. Maka tibalah pada hari yang ditetapkan iaitu mereka akan ke rumahku untuk menjamu selera, sesampai sahaja mereka aku pun mempersilakan mereka masuk.

    Setelah agak lama mereka menunggu, perut-perut mereka pula telah berkeroncong, maka terus mereka bertanya kepadaku: “Wahai Juha...! mana dia hidangan, kami dah lama menunggu ni?” Oleh kerana mereka sudah bertanya, aku pun mengajak mereka ke kebun yang berada di belakang rumahku. Tiba-tiba mereka terkejut kerana melihat sebuah periuk yang besar tergantung di dahan salah satu pokok yang ada di kebunku. Lalu terus mereka bertanya: “Wahai Juha... apa ini?” Aku pun berkata di samping ingin mengenakan mereka: “Takkanlah kamu sudah lupa dulu kamu katakan padaku bahawa aku akan dapat memanaskan badanku yang kesejukan di musim dingin dengan longgokan api yang jauhnya sebatu, jadi sekarang ini di depan mata kamu semua, kamu menyaksikan sebuah periuk yang berisi makanan, takkanlah dia tak boleh masak dengan kepanasan api pelita yang ada di bawahnya yang jaraknya hanya sehasta. Jadi tunggulah sampai ia masak dulu!”


Mana Dia Surat Itu

    Pada suatu hari ada seorang yang paling kaya dalam kampungku telah membuat satu jamuan makan yang sangat besar, dihidangi dengan makanan yang sedap-sedap dan lazat. Akan tetapi dia hanya menjemput orang-orang yang besar dan kaya-kaya sahaja samada dari kampung yang sama dan juga dari kampung yang bersebelahan.

    Walau bagaimana sekalipun aku berazam untuk turut hadir dalam majlis jamuan itu, walaupun dengan apa cara sekalipun. Jadi si tuan rumah yang kaya raya tadi telah memberitahu kepada khadam yang menjaga pintu agar memastikan setiap para jemputan yang hadir mestilah menunjukkan kad jemputan. Siapa yang tidak membawa kad jemputan yang telah di edarkan, jangan di izinkan masuk. Maka aku pun mendapat satu jalan iaitu aku mengambil sehelai kertas putih dan aku lipatkan seakan-akan lipatan surat. Aku pun pergi ke rumah orang kaya tadi, sampai di pintu rumah dengan seberapa cepat yang boleh aku berjalan dan berkata kepada si penjaga pintu: “Buka... buka laluan!... aku membawa sekeping surat yang penting untuk tuan rumah”

    Aku terus masuk ke dalam rumah dan aku dapati bahawa di hadapanku sekarang ini terhidang satu juadah yang amat sedap lagi lazat. Tanpa berlengah terus aku menerkamnya, aku makan semampu yang boleh dan kemudian sambil aku makan, aku serahkan kertas yang aku katakan surat tadi kepada tuan rumah. Dia pun mengambilnya, setelah dilihat terus dia berkata kepadaku dengan pelik: “Mana dia surat tu, ini kertas putih kosong, langsung tak ada apa-apa tulisan?” Aku menjawab dengan mulutku yang penuh dengan makanan: “Oh... minta maaflah wahai tuan, sebenarnya aku datang ke sini tadi dalam keadaan yang tergesa-gesa sehinggakan aku tidak sempat untuk menulis surat ini terlebih dahulu, jadi minta maaflah!”.


 

Juha Memegang Janji

    Pada suatu hari aku telah bertelagah dengan isteriku tentang giliran untuk mengikat serta memberi makan kepada keldai kepunyaan kami di kandang. Akhirnya kami mengambil keputusan siapa yang mula bercakap selepas ini, maka dialah yang mesti pergi ke kandang untuk mengikat serta memberi makan keldai.

    Maka aku dan isteriku terus duduk di dalam rumah, masing-masing mendiamkan diri tidak mahu bercakap. Setelah lebih kurang sejam lamanya isteriku pun menjadi bosan, lalu dia terus keluar dari rumah pergi ke salah sebuah rumah jiranku, jadi tinggallah aku sendirian. Tidak lama kemudian aku terdengar satu suara seakan-akan ada perompak masuk ke dalam rumahku. Maka aku pun nak melaungkan suara untuk meminta tolong, tiba-tiba aku teringatkan perjanjian dengan isteriku tadi, terus aku tak jadi nak menjerit. Aku pun terus duduk dan langsung tidak bergerak-gerak.     Perompak tersebut terus masuk ke dalam bilikku, mulalah dia menggeledah sana sini, sebelum itu dia terpandang ke arahku dan dia menyangkakan bahawa aku diserang penyakit lumpuh sebab langsung tidak bergerak-gerak.

    Lalu terus dia mengambil apa yang boleh diambilnya, apa saja yang dapat dicapai oleh tangannya dia memasukkan ke dalam karung yang dibawa. Kemudian sebelum perompak itu meninggalkan rumahku dia datang menghampiri aku lalu mengambil serban yang ada di kepalaku dan kemudian dia terus lari menghilangkan diri. Aku langsung tidak bergerak-gerak ataupun berkata apa-apa sebab berpegang pada janji aku dengan isteriku. Tidak lama selepas itu datang seorang anak jiran rumahku kerana isteriku telah menyuruhnya agar membawakan untukku semangkuk bubur supaya aku tidak mati kelaparan. Aku pun memberi isyarat kepada anak jiranku itu bahawa serbanku dan seluruh perkakas rumahku telah dicuri perompak.

    Bila dia melihat aku memberi isyarat sedemikian, disangkanya aku berkata: “Tuangkanlah bubur itu ke atas kepalaku!” Habis basah kuyup aku dibuatnya. Tiba-tiba si budak tadi terus faham dengan apa yang telah aku isyaratkan kepadanya, tanpa berlengah terus dia berlari serta memanggil-manggil isteriku. Isteriku terus datang untuk melihat apa yang telah berlaku... bila dia terlihat terus dia berkata kepadaku dalam keadaan terperanjat serta marah: “Apa yang telah berlaku ke atasmu wahai Juha... suamiku?”  Aku pun terus melompat bangun dari tempatku dan kukatakan kepadanya: “Ha!... kamu yang mula bercakap, jadi kamulah yang kena pergi ke kandang untuk mengikat dan memberi makan si keldai tu nampaknya, cepatlah pergi...! dan janganlah kamu berdegil lagi!”


Kisah Cinta Adam dan Hawa


Syurga yang serba nikmat

...egala kesenangan ada di dalamnya. Semua tersedia apa saja yang diinginkan, tanpa bersusah payah memperolehinya. Sungguh suatu tempat yang amat indah dan permai, menjadi idaman setiap insan. Demikianlah menurut riwayat, tatkala Allah SWT. selesai mencipta alam semesta dan makhluk-makhluk lainnya, maka dicipta-Nya pula Adam ‘alaihissalam sebagai manusia pertama. Hamba yang dimuliakan itu ditempatkan Allah SWT di dalam Syurga (Jannah).

    Adam a.s hidup sendirian dan sebatang kara, tanpa mempunyai seorang kawan pun. Ia berjalan ke kiri dan ke kanan, menghadap ke langit-langit yang tinggi, ke bumi terhampar jauh di seberang, maka tiadalah sesuatu yang dilihatnya dari mahkluk sejenisnya kecuali burung-burung yang berterbangan ke sana ke mari, sambil berkejar-kejaran di angkasa bebas, bernyanyi-nyanyi, bersiul-siul, seolah-olah mempamerkan kemesraan.

    Adam a.s terpikat melihatnya, rindu berkeadaan demikian. Tetapi sungguh malang, siapalah gerangan kawan yang hendak diajak. Ia merasa kesepian, lama sudah. Ia tinggal di syurga bagai orang kebingungan, tiada pasangan yang akan dibujuk bermesra sebagaimana burung-burung yang dilihatnya.

    Tiada pekerjaan sehari-hari kecuali bermalas-malas begitu saja, bersantai berangin-angin di dalam taman syurga yang indah permai, yang ditumbuhi oleh bermacam bunga-bunga kuntum semerbak yang wangi, yang di bawahnya mengalir anak-anak sungai bercabang-cabang, yang desiran airnya bagai mengandung pembangkit rindu.


 

Adam kesepian

    Apa saja di dalam syurga semuanya nikmat! Tetapi apalah erti segalanya kalau hati selalu gelisah resah di dalam kesepian seorang diri?

    Itulah satu-satunya kekurangan yang dirasakan Adam a.s di dalam syurga. Ia perlu kepada sesuatu, iaitu kepada kawan sejenis yang akan mendampinginya di dalam kesenangan yang tak terhingga itu. Kadangkala kalau rindu dendamnya datang, turunlah ia ke bawah pohon-pohon rendang mencari hiburan, mendengarkan burung-burung bernyanyi bersahut-sahutan, tetapi aduh hai kasihan...bukannya hati menjadi tenteram, malah menjadi lebih tertikam. Kalau angin bertiup sepoi-sepoi basah di mana daun-daunan bergerak lemah gemalai dan mendesirkan suara sayup-sayup, maka terkesanlah di hatinya keharuan yang begitu mendalam; dirasakannya sebagai derita batin yang tegak di sebalik nikmat yang dianugerahkan Tuhan kepadanya.

    Tetapi walaupun demikian, agaknya Adam a.s malu mengadukan halnya kepada Allah SWT. Namun, walaupun Adam a.s malu untuk mengadu, Allah Ta'ala sendiri Maha Tahu serta Maha Melihat apa yang tersembunyi di kalbu hamba-Nya. Oleh itu Allah Ta'ala ingin mengusir rasa kesepian Adam.


 

Hawa diciptakan

    Tatkala Adam a.s sudah berada di puncak kerinduan dan keinginan untuk mendapatkan kawan, sedang ia lagi duduk terpekur di atas tempat duduk yang berlapiskan tilam permaidani serba mewah, maka tiba-tiba ngantukpun datanglah menawannya serta langsung membawanya hanyut ke alam tidur.

    Adam a.s tertidur nyenyak, tak sedar kepada sesuatu yang ada di sekitarnya. Dalam saat-saat yang demikian itulah Allah SWT menyampaikan wahyu kepada malaikat Jibril a.s untuk mencabut tulang rusuk Adam a.s dari lambung sebelah kiri. Bagai orang yang sedang terbius, Adam a.s  tidak merasakan apa-apa ketika tulang rusuknya dicabut oleh malaikat Jibril a.s.

    Dan oleh kudrat kuasa Ilahi yang manakala menghendaki terjadinya sesuatu cukup berkata “Kun!” maka terciptalah Hawa dari tulang rusuk Adam a.s, sebagai insan kedua penghuni syurga dan sebagai pelengkap kurnia yang dianugerahkan kepada Adam a.s yang mendambakan seorang kawan tempat ia boleh bermesra dan bersenda gurau.


 

Pertemuan Adam dan Hawa

    Hawa duduk bersandar pada bantal lembut di atas tempat duduk megah yang bertatahkan emas dan permata-permata bermutu manikam, sambil terpesona memperhatikan kecerahan wajah dari seorang lelaki kacak yang sedang terbaring, tak jauh di depannya.

    Butir-butir fikiran yang menggelombang di dalam sanubari Hawa seolah-olah merupakan arus-arus tenaga elektrik yang datang mengetuk kalbu Adam a.s, yang langsung menerimanya sebagai mimpi yang berkesan di dalam gambaran jiwanya seketika itu.

    Adam terjaga....! Alangkah terkejutnya ia ketika dilihatnya ada makhluk manusia seperti dirinya hanya beberapa langkah di hadapannya. Ia seolah tak percaya pada penglihatannya. Ia masih terbaring mengusap matanya beberapa kali untuk memastikan apa yang sedang dilihatnya.

    Hawa yang diciptakan lengkap dengan perasaan malu, segera memutar badannya sekadar untuk menyembunyikan bukit-bukit di dadanya, seraya mengirimkan senyum manis bercampur manja, diiringi pandangan melirik dari sudut mata yang memberikan sinar harapan bagi hati yang melihatnya.

    Memang dijadikan Hawa dengan bentuk dan paras rupa yang sempurna. Ia dihiasi dengan kecantikan, kemanisan, keindahan, kejelitaan, kehalusan, kelemah-lembutan, kasih-sayang, kesucian, keibuan dan segala sifat-sifat keperibadian yang terpuji di samping bentuk tubuhnya yang mempesona serta memikat hati setiap yang memandangnya.

    Ia adalah wanita tercantik yang menghiasai syurga, yang kecantikannya itu akan diwariskan turun temurun di hari kemudian, dan daripadanyalah maka ada kecantikan yang diwariskan kepada wanita-wanita yang datang dibelakangnya.

    Adam a.s pun tak kurang gagah dan kacaknya. Tidak dijumpai cacat pada dirinya kerana ia adalah satu-satunya makhluk insan yang dicipta oleh Allah SWT secara langsung tanpa perantaraan.

    Semua kecantikan yang diperuntukkan bagi lelaki terhimpun padanya. Kecantikan itu pulalah yang diwariskan turun temurun kepada orang-orang di belakangnya sebagai anugerah Allah SWT  kepada makhluk-Nya yang bergelar manusia. Bahkan diriwayatkan bahawa kelak semua penduduk syurga akan dibangkitkan dengan pantulan dari cahaya rupa Adam a.s.

    Adam a.s bangkit dari pembaringannya, memperbaiki duduknya. Ia membuka matanya, memperhatikan dengan pandangan tajam. Ia sedar bahawa orang asing di depannya itu bukanlah bayangan selintas pandang, namun benar-benar suatu kenyataan dari wujud insani yang mempunyai bentuk fizikal seperti dirinya. Ia yakin ia tidak salah pandang. Ia tahu itu manusia seperti dirinya, yang hanya berbeza kelaminnya saja. Ia serta merta dapat membuat kesimpulan bahawa makhluk di depannya adalah perempuan. Ia sedar bahawa itulah dia jenis yang dirindukannya. Hatinya gembira, bersyukur, bertahmid memuji Zat Maha Pencipta.

    Ia tertawa kepada gadis jelita itu, yang menyambutnya tersipu-sipu seraya menundukkan kepalanya dengan pandangan tak langsung, pandangan yang menyingkap apa yang terselit di kalbunya.


 

Adam terpikat

    Adam terpikat pada rupa Hawa yang jelita, yang bagaikan kejelitaan segala puteri-puteri yang bermastautin di atas langit atau bidadari-bidadari di dalam syurga.

    Tuhan menanam asmara murni dan hasrat berahi di hati Adam a.s serta menjadikannya orang yang paling asyik dilamun cinta, yang tiada taranya dalam sejarah, iaitu kisah cinta dua insan di dalam syurga. Adam a.s ditakdirkan jatuh cinta kepada puteri yang paling cantik dari segala yang cantik, yang paling jelita dari segala yang jelita, dan yang paling harum dari segala yang harum.

    Adam a.s dibisikkan oleh hatinya agar merayu Hawa. Ia berseru: “Aduh, hai si jelita, siapakah gerangan kekasih ini? Dari manakah datangmu, dan untuk siapakah engkau disini?” Suaranya sopan, lembut, dan penuh kasih sayang.
“Aku Hawa,” sambutnya ramah. “Aku dari Pencipta!” suaranya tertegun seketika. “Aku....aku....aku, dijadikan untukmu!” tekanan suaranya menyakinkan.

    Tiada suara yang seindah dan semerdu itu walaupun berbagai suara merdu dan indah terdengar setiap saat di dalam syurga. Tetapi suara Hawa....tidak pernah di dengarnya suara sebegitu indah yang keluar dari bibir mungil si wanita jelita itu. Suaranya membangkit rindu, gerakan tubuhnya menimbulkan semangat.

    Kata-kata yang paling segar didengar Adam a.s  ialah tatkala Hawa mengucapkan terputus-putus: “Aku....aku....aku, dijadikan untukmu!” Kata-kata itu nikmat, menambah kemesraan Adam kepada Hawa.

    Adam a.s sedar bahawa nikmat itu datang dari Tuhan dan cintapun datang dari Tuhan. Ia tahu bahawa Allah SWT itu cantik, suka kepada kecantikan. Jadi, kalau cinta kepada kecantikan berertilah pula cinta kepada Tuhan. Jadi cinta itu bukan dosa tetapi malah suatu pengabdian. Dengan mengenali cinta, makrifah kepada Tuhan semakin mendalam. Cinta kepada Hawa bererti cinta kepada Pencipta. Dengan keyakinan demikian Adam a.s menjemput Hawa dengan berkata: “Kekasihku, ke marilah engkau!” Suaranya halus, penuh kemesraan.

“Aku malu!” balas Hawa seolah-olah menolak. Tangannya, kepalanya, memberi isyarat menolak seraya memandang Adam dengan penuh ketakjuban.

“Kalau engkau yang inginkan aku, engkaulah yang ke sini!” Suaranya yang bagaikan irama seolah-olah memberi harapan.

    Adam tidak ragu-ragu. Ia mengayuh langkah gagah mendatangi Hawa. Maka sejak itulah teradat sudah bahawa wanita itu didatangi, bukan mendatangi.

    Hawa bangkit dari tempat duduknya, menggeser surut beberapa langkah. Ia sedar bahawa walaupun dirinya diperuntukkan bagi Adam a.s, namunlah haruslah mempunyai syarat-syarat tertentu. Di dalam sanubarinya, ia tak dapat menyangkal bahawa iapun terpesona dan tertarik kepada rupa Adam a.s yang sungguh indah.

    Adam a.s tidak putus asa. Ia tahu itu bukan dosa. Ia tahu membaca isi hati. Ia tahu bukannya Hawa menolak, tetapi menghindarnya itu memanglah suatu perbuatan wajar dari sikap malu seorang gadis yang berbudi. Ia tahu bahawa di balik “malu” terselit “rasa mahu”. Kerananya ia yakin pada dirinya bahawa Hawa diperuntukkan baginya. Naluri insaninya bergelora.

Tatkala sudah dekat ia pada Hawa serta hendak mengulurkan tangan sucinya kepadanya, maka tiba-tiba terdengarlah panggilan ghaib berseru: 
“Hai Adam....tahanlah dirimu. Pergaulanmu dengan Hawa tidak halal kecuali dengan mahar dan menikah!”.

    Adam a.s tertegun, balik ke tempatnya dengan taat. Hawa pun mendengar teguran itu dan hatinya tenteram. 
Kedua-dua manusia syurga itu sama terdiam seolah-olah menunggu perintah.


 

Perkahwinan Adam dan Hawa

    Allah SWT.  Yang Maha Pengasih untuk menyempurnakan nikmatnya lahir dan batin kepada kedua hamba-Nya yang saling memerlukan itu, segera memerintahkan gadis-gadis bidadari penghuni syurga untuk menghiasi dan menghibur mempelai perempuan itu serta membawakan kepadanya hantaran-hantaran berupa perhiasan-perhiasan syurga. Sementara itu diperintahkan pula kepada malaikat langit untuk berkumpul bersama-sama di bawah pohon “Syajarah Thuba”, menjadi saksi atas pernikahan Adam dan Hawa.

Diriwayatkan bahawa pada akad pernikahan itu Allah SWT. berfirman: “Segala puji adalah kepunyaan-Ku, segala kebesaran adalah pakaian-Ku, segala kemegahan adalah hiasan-Ku dan segala makhluk adalah hamba-Ku dan di bawah kekuasaan-Ku. Menjadi saksilah kamu hai para malaikat dan para penghuni langit dan syurga bahawa Aku menikahkan Hawa dengan Adam, kedua ciptaan-Ku dengan mahar, dan hendaklah keduanya bertahlil dan bertahmid kepada-Ku!”.


 

Malaikat dan para bidadari berdatangan

    Setelah akad nikah selesai berdatanganlah para malaikat dan para bidadari menyebarkan mutiara-mutiara yaqut dan intan-intan permata kemilau kepada kedua pengantin agung tersebut. Selesai upacara akad, dihantarlah Adam a.s mendapatkan isterinya di istana megah yang akan mereka diami.

Hawa menuntut haknya. Hak yang disyariatkan Tuhan sejak semula. 
“Mana mahar?” tanyanya. Ia menolak persentuhan sebelum mahar pemberian ditunaikan dahulu.

    Adam a.s bingung seketika. Lalu sedar bahawa untuk menerima haruslah sedia memberi. Ia insaf bahawa yang demikian itu haruslah menjadi kaedah pertama dalam pergaulan hidup.

    Sekarang ia sudah mempunyai kawan. Antara sesama kawan harus ada saling memberi dan saling menerima. Pemberian pertama pada pernikahan untuk menerima kehalalan ialah mahar. Oleh kerananya Adam a.s menyedari bahawa tuntutan Hawa untuk menerima mahar adalah benar.


 

Mahar perkahwinan Adam

    Pergaulan hidup adalah persahabatan! Dan pergaulan antara lelaki dengan wanita akan berubah menjadi perkahwinan apabila disertai dengan mahar. Dan kini apakah bentuk mahar yang harus diberikan? 
Itulah yang sedang difikirkan Adam.

Untuk keluar dari keraguan, Adam a.s berseru: “Ilahi, Rabbi! Apakah gerangan yang akan kuberikan kepadanya? Emaskah, intankah, perak atau permata?”.

“Bukan!” kata Tuhan.

“Apakah hamba akan berpuasa atau solat atau bertasbih untuk-Mu sebagai maharnya?” tanya Adam a.s dengan penuh pengharapan.

“Bukan!” tegas suara Ghaib.

Adam diam, mententeramkan jiwanya. Kemudian bermohon dengan tekun: “Kalau begitu tunjukilah hamba-Mu jalan keluar!”.

Allah SWT. berfirman: “Mahar Hawa ialah selawat sepuluh kali atas Nabi-Ku, Nabi yang bakal Kubangkit yang membawa pernyataan dari sifat-sifat-Ku: Muhammad, cincin permata dari para anbiya’ dan penutup serta penghulu segala Rasul. Ucapkanlah sepuluh kali!”.   
    Adam a.s merasa lega. Ia mengucapkan sepuluh kali salawat ke atas Nabi Muhammad SAW. sebagai mahar kepada isterinya. Suatu mahar yang bernilai spiritual, kerana Nabi Muhammad SAW  adalah rahmatan lil ‘alamin (rahmat bagi seluruh alam).

Hawa mendengarkannya dan menerimanya sebagai mahar. 
“Hai Adam, kini Aku halalkan Hawa bagimu”, perintah Allah, “dan dapatlah ia sebagai isterimu!”. 
Adam a.s bersyukur lalu memasuki isterinya dengan ucapan salam. Hawa menyambutnya dengan segala keterbukaan dan cinta kasih yang seimbang.

Allah SWT. berfirman kepada mereka: “Hai Adam, diamlah engkau bersama isterimu di dalam syurga dan makanlah (serta nikmatilah) apa saja yang kamu berdua ingini, dan janganlah kamu berdua mendekati pohon ini kerana (apabila mendekatinya) kamu berdua akan menjadi zalim”.

(Al-A’raaf: 19).
    Dengan pernikahan ini Adam a.s tidak lagi merasa kesepian di dalam syurga. Inilah percintaan dan pernikahan yang pertama dalam sejarah ummat manusia, dan berlangsung di dalam syurga yang penuh kenikmatan. Iaitu sebuah pernikahan agung yang dihadiri oleh para bidadari, jin dan disaksikan oleh para malaikat.

    Peristiwa pernikahan Adam dan Hawa terjadi pada hari Jumaat. Entah berapa lama keduanya berdiam di syurga, hanya Allah SWT yang tahu. Lalu keduanya diperintahkan turun ke bumi. Turun ke bumi untuk menyebar luaskan keturunan yang akan mengabdi kepada Allah SWT  dengan janji bahawa syurga itu tetap tersedia di hari kemudian bagi hamba-hamba yang beriman dan beramal soleh.

Firman Allah SWT.: “Kami berfirman: Turunlah kamu dari syurga itu. Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barangsiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, nescaya tidak ada kekhuatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati.”

(Al-Baqarah: 38)

bg

My Blog List

HEDGEBEEWHY PHOTOGRAPHY


About Me

My photo
Aku adalah aku, hanyalah seorang hamba Allah yang sentiasa mengharapkan keredhaanNya. Sesungguhnya aku seorang hamba Allah yang banyak kekurangan dan aku sentiasa mencuba untuk mencari cahayaNya.

Followers

Visited