Thursday, September 3, 2009

Masih jelas...

Sejak bulan puasa ini aku tidak kelihatan lagi kelibatnya. Entah bila entah kali terakhir aku bertemu dengannya, bertawa dengannya berkerja dengannya pun aku tak ingat. Cuma yang jelas aku ingat, masih ada kerjanya yang masih belum aku selesaikan.

SM... bukanlah sahabat karibku...yang boleh selalu pekena teh tarik setiap petang ataupun mungkin makan bersama setiap lunch hour tetapi beliau bagiku adalah sahabat yang sangat aku gemari dengan cerita-ceritanya, jenakanya dan gelak tawanya. Ada saja ceritanya yang selalu endingnya boleh menaikkan perasaan puashati aku. Aku suka mendengar bila dia mula bercerita tentang kerjanya yang amat tegas dan yakin dengan tindakan yang dilakukannya. 

Pernah suatu ketika dulu aku menaiki lrt dan terlihat seorang suspek yang mencurigakan aku lantas setibanya di kl sentral terus saja aku melaporkan kepadanya tentang suspek pick pocket tersebut, sepantas kilat beliau sendiri pergi mencekup dan menyoalnya. Sehingga menggigil-gigil suspek tersebut dibuatnya, malangnya aku tersilap orang. Mulai hari itu beliau menggelarkan aku 'source' yang tak boleh pakai. Kami pecah perut bila beliau menceritakan kembali bagaimana suspek malang itu menggigil ketakutan. Sehingga kini aku takkan melupainya. Dan sememangnya ada suspek lain sebenarnya didalam lrt itu kerana isteriku telah kecurian hpnya pada hari tersebut.

Sungguh banyak kenangan bersamanya yang boleh membuatkan airmataku mengalir dengan sendirinya jika aku memikirkannya. 

SM...masih jelas aku terbayangkan raut wajahmu, masih jelas aku kedengaran suara lantangmu, masih jelas aku terkilas langkah-langkah kakimu dan masih jelas aku terkenangkan cerita-ceritamu. Seolah esok masih ada namun hakikatnya tiada lagi kidungmu.

Kau pergi bertemu denganNya di bulan yang sungguh mulia ini. Aku doakan semoga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Amin.

bg

My Blog List

HEDGEBEEWHY PHOTOGRAPHY


About Me

My photo
Aku adalah aku, hanyalah seorang hamba Allah yang sentiasa mengharapkan keredhaanNya. Sesungguhnya aku seorang hamba Allah yang banyak kekurangan dan aku sentiasa mencuba untuk mencari cahayaNya.

Followers

Visited