Tuesday, February 10, 2009

Dulu Aku Pernah...

Dulu aku pernah jadi ketua darjah masa sekolah rendah dan menengah, skang ni aku jadi ketua rumah.

Dulu aku pernah ada kereta Satria, pastu aku jual pasal nak beli kereta Korea.

Dulu aku pernah tidur di kaki lima pasal kena halau dengan ayah balik rumah lambat pergi main tak ingat sampai malam.

Dulu aku pernah bercinta dengan sikembar, mula mula cinta kat kakak tak best break up, ambil adiknya pulak pun tak best, break up dua dua sekali...padan muka aku!

Dulu aku pernah masak kari ikan, kusangkakan serbuk kari tapi rupanya serbuk kunyit, satu periuk kari kunyit kubuang, terpaksa masak semula.

Dulu aku pernah miliki kulit muka yang licin tanpa sebiji jerawatpun tapi kini semuanya lubang jerawat tanpa seincipun kulit licin.

Dulu aku pernah kerja di Langkawi jauh dari mak, jauh dari ayah, jauh dari duit makan telur rebus sehari suntuk, tunggu esok masuk opis pinjam duit ngan boss.

Dulu aku pernah kentut sambil berjalan tapi yang bestnya kawan aku tuduh orang yang berselisih dengan kami tu yang kentut...hahaha...puas hatiku!

Dulu aku pernah naik bas terlupa bawak duit tapi conductor tak marah. Tapi aku kena turun jugak jalan kaki balik rumah pasal aku kena naik 2 bas untuk sampai opis.

Dulu aku pernah nak try jadi stuntman, kayuh beskal laju laju dengan harapan boleh terbang lompat longkang tapi rupa-rupanya aku terbang ke dalam longkang...dah jadi longkangman.

Dulu aku pernah mabuk...tapi bukan mabuk arak la, mabuk cinta, sanggup drive dari Sepang sampai KL time lunch semata mata nak bagi bunga...birthday! romantik la konon! pastu drive balik masuk kerja.

Dulu aku pernah solat jumaat dalam hujan...masa tu berjemaah kat luar masjid, biasala solat jumaat selalunya penuh, tengah tengah solat belum masuk rakaat keduapun, tetiba hujan turun dengan lebatnya. Aku teruskan jua nasib baik haritu cuti, boleh balik rumah terus.

Dulu aku pernah tidur di taman bunga, ini gara-gara bercinta nak rak tak ingat nak balik rumah. Hujung minggu time tu dok bujang, kunci tertinggal kat opis sampai rumah dah jam 12 mlm, ketuk ketuk member tiada semua dah balik kg. Bas mini semua dah landing. Tidurla bersama anjing di taman...hua hua hua

Dulu aku pernah dipelawa jadi penyanyi...kononnya masa tu rambut panjang macam rocker, tak kenalpun mamat ni tapi selalu lepak tempat kami lepak. Dia ofer jadi penyanyi grup dia, aku kata ok je... tapi dalam hatiku dia ni tak tau yg aku ni hancurs je...kalau buat album belum tentu katakpun nak dengar aku nyanyi...warggghhhhhh

Dulu aku pernah buang masa baca blog orang yang entahapapa entah, skang ni korang pulak buang masa baca blog aku yang entah kenapa....hahahahaha, dah... jangan buang masa! pi buat benda yang berfaedah sikit...pohhhhh!!!

4 comments:

the elf said...

lawak.lawak.entry anda lawak kalini. so dah tau la sapa yg kentut kalau tetibe lalu kat anda. sekian. usaha tangga kejayaan

Hidemichimomotani said...

Dulu aku pernah ingat ko ni blues kental...rupa²nya mat bunga dan jiwa² !~

hedgebeewhy said...

the elf
dulu je kentut sambil lalu, skang ni kentut dalam slimut

hide
adakala ku blues, adakala ku bunga, nak hidupppp!

school of thoughts said...

lucu la abg ni!! i ols suke entry ni. namanya entry 'aku tekde idea, jadi ku belasah aje...'

There was an error in this gadget

bg

My Blog List

HEDGEBEEWHY PHOTOGRAPHY

About Me

My photo
Aku adalah aku, hanyalah seorang hamba Allah yang sentiasa mengharapkan keredhaanNya. Sesungguhnya aku seorang hamba Allah yang banyak kekurangan dan aku sentiasa mencuba untuk mencari cahayaNya.

Followers

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget
There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

Visited