Thursday, November 12, 2009

Kuchie-kuchie chak!!!

Chak chak chakkkkkk!!!

Dah 6 bulan, kuat makan dan suka tido kat port baru....bilik bawah, nyenyak tanpa gangguan. Sebelum ni tido kat living hall, jap2 bangun. Pantang nampak org makan...mulut mula mengecap dan buat muka simpati...dgn harapan org suap sikit. Dah pandai gerakkan walker kedepan tapi masih belum pandai mengisut...(betul ke mengisut?). Bila nak tido dia dodoikan diri sendiri.
oh ya! yang paling best perkataan pertama dari mulutnya....PAPA....APPAA...sambil merenung mata kearah papanya. Yesssss!

Monday, November 2, 2009

The Mysterious Tree

 

Dibawah pokok ini ada kuburan dan punyai begitu banyak sekali dahannya dimana setiap dahannya seperti ada tiang yang menongkatnya. Ketika kami menyenep gambarnya, gambar over expose walaupun settingnya biasa2 saja. Tiba2 kamera kami terus jam gitu. Tiba2 juga bulu roma si amer naik satu badan. Namun kami teruskan jugak menyenepnya sehingga terhasil gambarnya. Syukur tiada apa2.

Monday, October 12, 2009

Cukur Botak











Acara membotakkan kepala Adana telah berlangsung dengan jayanya. Sudah 5 bulan lebeh umurnya baru aku bersedia untuk mencukurnya. Pencukurnya adalah Amer dibantu oleh isterinya. Aku dan Nurul tukang tengok je..heheh. Orang kata elok cukur sampai 7 kali nanti anak jadi pandai...betul ke? Patutla aku kurang pandai...tak cukup 7 kali. Kalu sekarang cukur kasi 7 kali boleh jadi pandai tak? Tetiba terbayang wajah Mazli & Pakcu...memang bijak!

Thursday, September 3, 2009

Masih jelas...

Sejak bulan puasa ini aku tidak kelihatan lagi kelibatnya. Entah bila entah kali terakhir aku bertemu dengannya, bertawa dengannya berkerja dengannya pun aku tak ingat. Cuma yang jelas aku ingat, masih ada kerjanya yang masih belum aku selesaikan.

SM... bukanlah sahabat karibku...yang boleh selalu pekena teh tarik setiap petang ataupun mungkin makan bersama setiap lunch hour tetapi beliau bagiku adalah sahabat yang sangat aku gemari dengan cerita-ceritanya, jenakanya dan gelak tawanya. Ada saja ceritanya yang selalu endingnya boleh menaikkan perasaan puashati aku. Aku suka mendengar bila dia mula bercerita tentang kerjanya yang amat tegas dan yakin dengan tindakan yang dilakukannya. 

Pernah suatu ketika dulu aku menaiki lrt dan terlihat seorang suspek yang mencurigakan aku lantas setibanya di kl sentral terus saja aku melaporkan kepadanya tentang suspek pick pocket tersebut, sepantas kilat beliau sendiri pergi mencekup dan menyoalnya. Sehingga menggigil-gigil suspek tersebut dibuatnya, malangnya aku tersilap orang. Mulai hari itu beliau menggelarkan aku 'source' yang tak boleh pakai. Kami pecah perut bila beliau menceritakan kembali bagaimana suspek malang itu menggigil ketakutan. Sehingga kini aku takkan melupainya. Dan sememangnya ada suspek lain sebenarnya didalam lrt itu kerana isteriku telah kecurian hpnya pada hari tersebut.

Sungguh banyak kenangan bersamanya yang boleh membuatkan airmataku mengalir dengan sendirinya jika aku memikirkannya. 

SM...masih jelas aku terbayangkan raut wajahmu, masih jelas aku kedengaran suara lantangmu, masih jelas aku terkilas langkah-langkah kakimu dan masih jelas aku terkenangkan cerita-ceritamu. Seolah esok masih ada namun hakikatnya tiada lagi kidungmu.

Kau pergi bertemu denganNya di bulan yang sungguh mulia ini. Aku doakan semoga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Amin.

Friday, August 28, 2009

BAD NEWS!!!


Walaupun Nurul berkerja di Kementerian Kesihatan tetapi hari ini (Rabu lepas) dia kurang kesihatan, memaksakan dirinya untuk 'mc'. Qis tersenyum lebar sehingga menampakkan gigi-giginya yang tidak tersusun itu. Kebetulan musim cuti sekolah jadi bolehlah dia duduk dirumah je sambil melayan masa terluangnya dengan psp....yang hanya diberi kebenaran oleh ibunya pada cuti sekolah sahaja. 

Kebiasaannya Nurul yang akan meng'iron'kan uniform kerjaku tetapi memandangkan dirinya yang tidak sihat jadi aku dengan relaku pujuk melalukannya sendiri...arghhh...small matter, bukannya tak biasa..., baju kurungnyapun pernah aku gosokkan, inikan baju sendiri. 

Sambil aku melayan gosokkan seterika, mataku merenung ke arah katil. Ku lihat Nurul berselimut sambil memeluk bantal peluknya yang empuk itu. Adana nyenyak kekenyangan susu yang baru dihisapnya selepas sahur kami tadi. Kiranya hujung bulan ini genaplah umur Adana 4 bulan. Wahhh!!! pejam celik pejam celik dah 2 orang anakku.

Qis terkebil-kebil sambil berbaring diatas katil sebelah ibunya. 

"Qis kalau tak mau tidor jom ikut papa turun bawah...papa pergi keja Qis doklah bawah tengok tv" 

"ok, tapi Qis nak main psp!"

Dua jam kemudian ketika aku dipejabat Nurul telah menelefon aku. Perkataan pertama yang disebutnya ialah " Sayang ada bad news!" Berderau jantungku...apakah lagi perkabaran yang buruk akan kuhadapi ini. Bermacam macam terkilas difikiranku. Aku teringat ibuku dikampung yang baru sahaja minggu lepas kami menjenguknya. Ayahku, baru sahaja beberapa hari lepas aku call. Anak-anakku macam semuanya under control tadi. Adik beradik, sedara mara, permohonan loan...argh apekebendanya ni.

"apa dia?" tanyaku dengan cemas
"Adana jatuh katil!" jawab nurul

Oh! tidak...macamana boleh berlaku sedangkan pergerakannya masih terbatas lebih-lebih lagi dia di apit antara kepala katil dan ibunya. Kami kehairanan macam mana dia boleh menggolekkan badannya sehingga 90ยบ sehingga terjatuh dan tersepit antara kaki katil dan side table. Alhamdulillah tak ada apa-apa tanda atau lebam dibadannya cuma tercalit sedikit kesan merah dikeningnya.

Setelah aku membuat post mortem Adana tidak jatuh terus dari atas katil ke lantai yang setinggi 2 kaki lebih itu kerana dia terjatuh dari tilam ke atas sisi permukaan kayu katil dulu dan baru tergolek dok kebawah katil. Dan mengikut kata ibunya mungkin Adana juga tersangkut pada wire lampu tidur yang menyebabkan lampu itu jatuh dan nasib baik tak terhempap ke atasnya.

Tak sangka apa yang terjadi pada kakaknya terjadi juga padanya. Dulu ketika Qis berumur sebegitupun pernah jatuh katil tapi lagi hebat. Qis tidur disebelah kiri aku dan sebelahnya tersusun rapat playpannya dan katil, disebelah kanan siapa lagi kalau bukan nurul. Tiba-tiba aku tersedar pagi itu dan Qis TIADA disisi aku. 

Melompat bangun aku dari katil mencari Qis. Tak mungkin Qis di....oh tidak! Nurulpun bangun tanpa ada mamai-mamai lagi. Kami dah macam nak nangis dah. Tapi tiba-tiba terdengar suara cute manja menyapa kami dicelah-celah katil dan playpan tu. Rupa-rupanya Qis sudah jatuh katil tapi dia tersepit berdiri dicelah itu, kakinya memijak lantai, kepala dan tangannya diparas katil. Bayangkanlah....renung-renungkan dan selamat beramal!



Sunday, July 12, 2009

Pelancaran Blog Baru!!!


Please click here to view this blog.

Assalamualaikum

Dengan besar hatinya saya ingin menwar-warkan kepada anda semua blog baru saya iaitu "hedgebeewhy photography". Blog ini ditubuhkan oleh kerana saya lihat bidang photography ini adalah satu bidang yang amat menarik sekali untuk dipelajari dan didalami...(ayatttt). Semakin hari semakin cinta saya padanya...hahahah. Oleh itu untuk melampiaskan kerinduan saya kepadanya saya bina blog ini agar hari-hari saya boleh berbicara dengannya. Jadi kalau anda berminat untuk melihat buah hati baru saya ini silalah klik disini.

Wassalam.

Thursday, July 2, 2009

Jejaka Ini

Thursday, June 25, 2009

Chakkk!!!

Melihat akan wajah anak hilang segala masalah, tension dan stress. Lebih-lebih lagi kalau anak yang masih digelar baby ni. Inilah saat-saat yang ditunggu-tunggu oleh aku untuk boleh bermain-main dengannya. Kalu sebelum ni buatlah muka macamana kelakar sekalipun tapi dia pandang tanpa ada apa-apa perasaan pastu jeling ke tempat lain. huhh!...sombongnyeee.

Tetapi sekarang ni dah mula kurang sombongnya tu. Dah ada respon sikit. Cuma bunyi ketawa tu masih belum kedengaran lagi. Takpe, mungkin seminggu dua lagi kot.

Saturday, June 20, 2009

Hari Selebriti Bersama Aku


Aku & Hasnuddin


Aku & Wong Wai Hoong


Aku & Malek Nor

huhhh...aku rase lately ni aku sungguh glamor...ada je celebrity nak bergambo dgn aku. Walaupun aku ni taklah suka sangat bergambo tapi demi untuk tidak menghampakan diorg...aku on aje.

Minggu lepas aku bergambo dgn pengasas adanfoto iaitu En Hasnuddin. Sebenarnya aku attend course dia di shah village hotel berhampiran amcorp mall, course event photography. Kelasnya satu hari je. Banyak jugak la ilmu photography yang aku dapat darinya. Course ini hanya fokus macam mana nak ambik gambar2 event seperti seminar, launching, makan malam dan yang sama waktu dengannya.

Minggu ni plak aku bergambo dengan pemegang rekod baru Guinness Malaysian Record, "48 hours Cycling Marathon" iaitu Wong Wai Hoong. Aku kena cover event ni di sooka sentral. Sempatlah aku mempraktikkan apa yang aku belajar dari adanfoto tu.

Lepas tu plak aku bergambo plak lagi dengan Juara Mr Asia sebanyak...tak ingat berape kali iaitu Malek Nor, pun di sooka sentral. Malek ni kelakar orangnya, badan dia dah tak seindah dahulu...boroi. Aku rase sungguh bertuah dapat bergambar berduaan bersebelah-belahan dengan mereka itu.

Sunday, June 14, 2009

Orang Duit

Inilah muka muka yang menjaga duit di BSD. Tanpa mereka pincanglah syarikat tapi kalu tanpa syarikat goncanglah mereka. Jadi antara mereka sama sama penting. Gambar ni diambil bukan tujuan suka suka tapi atas permintaan pioneer kat situ, incik asnol. Dia mintak aku buat kad pasal haritu adalah hari terakhir budak budak praktikal iaitu eddy, wawa dan liza tapi last day liza 30 jun nanti. Diorang buat farewell party untuk 3 orang tu. Makan pizza hut tuuuu...dah lama aku tak makan pizza sejak aku memboikot product yahudi ni tapi oleh kerana orrrangggg belanje ... jadi aku makan dan makan.

Sunday, May 31, 2009

Sepetang Bersama Model Ais Krim

Qistina bersama sepupu sepupunya telah menjadi model paksaan aku dan Azmer. Lokasi shooting kami adalah belakang kawasan taman perumahan aku. Sebagai upahnya kami belanja aiskrim satu seorang tetapi oleh kerana penatnya sangat, mereka tak nak aiskrim tapi masing masing mintak 100 plus....dahaga!



Sunday, May 24, 2009

Oh Adana!

Semakin hari semakin bulat, apa tidaknya asal terjaga je nak susu dan bila dah kenyang pulak sambung balik tidur. Itulah aktiviti harian Adana hinggakan Qis boleh cakap "Bestnya jadi Adana tak payah pegi sekolah, dok rumah je!"

Kuning Adana dah semakin baik cuma tang matanya masih ada kekuning-kuningannya. Menurut kata doktor tanda tanda kuning tu memang lambat sikit nak hilang walaupun kuningnya sudah beransur baik.

Kalau dulu tidur malamku memang lena diulit Nurul tapi sekarang ni tak lena diusik Adana. Budak ni memang jaga malam tapi nasib baik la Nurul masih dalam cuti jadi dia aje la yang layan Adana. Kekadang aku kena jugak bangun buat susu dalam mamai mamai.

Gambar Adana tu aku shoot pagi Sabtu dan Ahad tadi. Aku tengok Nurul pakaikan baju yang Peri Ungu bagi, lalu dengan pantas aku capai kamera dan snap berpuluh-puluh shot pasal pesan si Peri Ungu ni kalau pakai baju tu tolong ambek gambar, jadi aku ambek la gambar demi tak menghampakan permintaannya sambil tu boleh la jugak aku asah skil aku sampai tajam menikam.





Monday, May 18, 2009

Pre Wedding Epit & U'U'

Ahad lepas aku bersama adikku azmil dan Effa (adik iparku isterinya Azmil) telah tepat terpacak jam 8.30 pagi di Presint 2, Putrajaya. Kami ada tugas iaitu shooting pre wedding Epit & U'U'. Lokasi pertama kami di depan Istana Kehakiman. Sempat ambik beberapa shot kat sini. Pojiepun turut join sama. Kiranya 3 photographer untuk satu couple ni. Cuaca agak cantik tapi panas pagi dah mula memancar mancar.

Habis kat situ terus kami pergi ke Tasik sebelah Masjid Putrajaya. Kat sini tekak dah mula kering. Masing masing tak bawak bekal air kononya kalis dahaga. Habis shooting kat sini terus kami ke Taman Botani tapi sebelum situ kami singgah beli air dulu kat Petronas...kering tekak siottt! Pojie tak join kami ke Botani pasal dia kena hantar anaknya ke kelas renang. (Bagus biar anak pandai renang walaupun ayahnya sendiri tak pandai macam aku).

Di Botani aku suka, macam macam benda kami boleh buat kat sini. Lebih kurang jam 1 tengahari barulah selesai tugas kami. Tapi yang kesiannya U'U' hampir pitam kepenatan. Diorang memang best dan sangat sporting macam sporting lisbon. Diorang ni plan nak melangsungkan majlis perkahwinannya pada hujung tahun ni.

























Friday, May 8, 2009

Suka dan Duka

Adana nyenyak dibuai mimpi.


Adik aku dan anaknya Farisha Hanim, 
antara yang datang melawat aku di Annur.


Kak Long dan anaknya Baizura turut sama melawat aku.



Adik aku Azmil bersama isterinya Effa. 
Sedang berusaha gigih untuk menimang cahaya mata pertama mereka.


Sempena kelahiran puteri keduaku Adana, aku telah memohon cuti terus minggu ni. Isnin depan baru aku masuk kerja. Sepanjang percutianku iaitu 11 hari 10 malam macam macam telah berlaku. Ada yang aku suka dan ada yang aku duka. Kepenatan usah dicerita. Walaupun cuti subuh subuh aku dah keluar rumah menuju ke Putrajaya hantar Qistina bersekolah. Balik rumah sambung jadi bibik pulak kemas rumah cuci pinggan mangkuk, basuh kain, beli lauk. Tengahari hantar Adana ke hospital, kenape? nanti aku ceritakan. Petang pergi semula ke Putrajaya jemput Qis balik sekolah, malam kemas dapur lak. Waduhhhh!...penatnya aku saja yang tahu...seluruh urat urat aku macam dah nak putus putus dah rasanya. Tetapi segala kepenatan aku hilang bila tengok wajah Adana. Nasib baik mak aku ada. Dialah yang banyak membantu kami, kalau tidak makan minum kami mesti tak terurus. Thank you mom!


Aku nak bercerita kisah duka dulu. Kisahnya begini...pada suatu hari.....


Afundi Masuk HMA

Aku amat terkilan kerana dihari kelahiran Adana adalah hari terakhir big boss, Hussin Mohd Ali. Kalau kebiasaannya farewell party pasti aku yang mengambil gambar tapi kali ini aku tidak dapat turut sama meraikan hari terakhirnya. Hampir 9 tahun sudah aku berkerja dengannya. Selama itu aku tiada masalah dengannya, bagiku HMA seorang boss yang sungguh sporting dan cool. Kalau boleh Afundi Masuk pasti aku afundi pukal untuknya. Apapapun kerja mesti terus, boss barupun setahu aku cool jugak. 

Aku kemalangan

Kelmarin, lebih kurang jam 6.30 petang aku kemalangan. Aku baru jemput Qis balik sekolah di Presint 9. Aku terus menuju ke Bangi nak ambil mak pula pasal on the way ke Putrajaya aku drop off mak aku di Warta Bangi. Setiba aku di trafik light di bulatan Salehudin, bulatan besar Putrajaya tu. Aku telah dilanggar dari belakang oleh sebuah motosikal Yamaha Ego. Waktu tu aku dah stop, tetiba aku terdengar dentuman kuat kat belakang kereta aku. Sekilas itu juga aku dan Qis nampak 2 orang tercampak 10 meter lebih depan kereta aku. Kami tergamam seketika. Diorang ni suami isteri, yang aku amat sedih sangat wifenya pregnant 6 bulan jatuh terseret oleh motornya. 

Dipendekkan cerita, Alhamdulillah kandungannya selamat tapi pahanya patah manakala suaminya pula patah bahu dan kaki. Kereta aku kemek belakang sebelah kiri, lampu pecah, side mirror kiri pecah dan spoiler tertanggal. Aku kesal apa yang terjadi kat diorang.

Inilah rupa motor yang melanggar aku dari belakang tu. 
Remuk habis.


Kereta Koreaku sudah buta sebelah mata. Aduhai...


Adana Kena Kuning

Hari Jumaat lepas Nurul dan Adana sudah discharge. Tetapi keesokan harinya aku terpaksa bawa semula Adana ke Annur, kami suspek dia demam dan kena kuning. Bila tuan doktor cek, dan ambil darahnya, kuning masih diparas normal tapi suhu badannya 37.2, ada sikit demam.

Pada 4 may hari isnin lepas appoinment Adana dgn doktor, kami bawa lagi Adana ke Annur. lagi sekali Adana kena cucuk ambil darah. Kalau semalam Adana langsung tak menangis bila kena cucuk cuma bunyi...erkk je tapi berbeza kali ini. Dia meraung kesakitan. Kesian plak aku tengok. Doktor kata kuningnya makin naik, esok kena datang lagi ambil darah.

Kami bawa lagi ke Annur, ambil darah lagi, nangis lagi, kena datang lagi esok. Aku tanya tak boleh ke terus masuk incubator, doktor cakap belum tahapnya lagi.

Dek kerana aku tak sampai hati tengok Adana kena cucuk tiap tiap hari jadi kami ambil keputusan untuk tidak menghantarkannya lagi ke hospital. Kami berubat cara kampung dan banyak bagi breast feeding.


Adana dijemur didepan rumah. Kesian dia...


Sekarang aku nak bercerita kisah kisah suka pula...


Ada Adana

Sejak kewujudannya hidup aku bertambah seronok walaupun penat. Buat masa ni aktiviti Adana lebih pada tidur. Sesekali kami gerak gerakannya supaya bangun. Asal terjaga je nak susu. Nasib baik Qis dah besar, boleh la jugak suruh suruh dia tolong tolong kami.

Impian Tercapai Jua

Lama sudah aku menunggu untuk memilikinya sendiri. Akhirnya dapat juga aku membeli DSLR Canon 50D, lens 70-200mm f2.8 dan speedlite 580exII. Lepas ni sesiapa yang nak kahwin sudi sudilah mengupah aku sebagai official photographer. Insyaallah aku akan bagi best price dan best result.


Aku dengan senjata terbaru aku yang kuidam idamkan selama ini!


Dibawah ni antara beberapa keping gambar yang aku shoot menggunakan kamera yang dalam gambar kat atas tu. 

Adik aku Faizal, datang rumah aku, disuruh mak goreng mee. 
Mee gorengnya memang sedap!




Wajah mak aku yang kepenatan.








Qis first time dukung adiknya. 




Friday, May 1, 2009

Syukur Padamu Allah

Makan dulu puas puas sebelum masuk labour room, lepas ni dah kena pantang.


Sedang menunggu untuk dipanggil ke labour room.


Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi kerana telah meminjamkan lagi kepadaku seorang puteri ciptaanNya. Kami amat bersyukur dengan kehadiran cahaya mata baru ini. Almaklumlah sesudah tujuh tahun penantian akhirnya termakbul juga permintaan kami.

Qis gembira tak terkata sehingga tergedik-gedik...dah jadi kakak! Nurul dan baby ok, sihat-sihat saja. Satu pengalaman yang amat menakjubkan bagiku adalah saat ketika melihat keluarnya satu nyawa dari badan isteriku walaupun saat ketika melahirkan Qis dulupun aku ada disisi Nurul tapi yang ini berlainan sikit.

Nurul bersalin di Hospital Pakar An Nur, Bandar Baru Bangi. Ofcozlah doctor dan misi2nyapun perempuan. Aku telah diofer oleh doktor untuk merakam saat2 kelahiran itu. Pada mulanya terdetik dibenak fikiranku...takkan nak rekod kot. Tapi doctor cakap jangan risau, auratnya doctor akan tutup, yang nampak kepala baby je akan terkeluar nanti. Aku rekod dan memang amat menakjubkan bila kami tengok semula clip tersebut. Satu lagi doctor suruh aku potong sendiri tali pusatnya. Katanya next time aku pulak sambut baby tu...huh!

Baby kami seberat 2.9kg, kurang 0.3kg dari kakaknya. Lahir pada 30 April 2009, jam 4.57 petang. Aku azan dan qomatkannya...diam dan merenung tepat kemataku ketika azan dibisikkan ketelinganya.

Kami telah memilih nama yang belum atau jarang digunakan lagi. Itupun last minit baru kami dapat. Namanya ialah Adana Hezri, maknanya...nama syurga. Syurga kedua selepas Firdaus. Aku tak suka nama panjang panjang pasal nanti kalau panggilpun dua sukukata je. Buat penat nak tulis kat cover buku sekolahnya dan nak isi borang kerja nanti...hehehe. Macam nama aku walaupun dah pendek ada juga orang panggil aku Hez je. Tapi aku taklah kesah pasal Hez pun best gak.



Wajah Adana ketika berumur 15 minit.





Saat pertama melihat wajah mamanya.


Monday, April 20, 2009

Pancit!

Mak dah siap, Nurul dah siap, Qis pun dah siap...ok jom gerak! Jam menunjukkan pukul 11 pagi, janji dgn brader aku yg lain tunggu kat tol Shah Alam pukul 12 tgh. Destinasi kami ke Dewan Intekma, Shah Alam, kazen kahwin. 

Aku memandu sambil mensumbangkan beberapa lagu atas tanpa permintaan sesape. Cuaca amat baik sekali. Tol Putra Mahkota baru je 150 meter ku lepasi. Tetiba kereta koreaku semacam je bunyinye. Bunyinya lebih sumbang dari nyanyian aku yang sumbang tu.

Kami memasing mula dah panik. Ketika itu kelajuanku 390 km/h. Aku memelahankan panduan dan berhenti ketepi. Aku teka tayar pancit, Nurul teka tayar pancit, Qis teka ada hantu tersepit, Mak tak teka apa-apa.

Mari kita tengok siapa yang betul...sah! tayar keretaku pancit. Alahai camano ni...janji ngan diorg kul dua belas. Aku mcm ter ter seketika. Qis dah gelabah...camana ni papa takkan kita kena tidur kat sini! Pikir punya pikir baru aku terpikir akan tayar spare aku. Inilah masanya aku nak tunjuk macho depan wife aku ni. 

Ok keluar semua...kita tukar tayar. Boleh katakan first timelah aku tukar tayar sesorang tanpa bantuan org lain. Alah... bukannya susahpun, tapi berpeluhla jugak ketiak. Akhirnya aku berjaya menukar tayar pancit dan aku hanya mengambil masa kurang 10 saat sama mcm F1 masuk pitsop. Lihatlah beberapa gaya macho yang hanya pakai baju dalam je..hihihi

Wajah ceria sebelum tayar pancit. Masih wangi dan harum...muamuamuahhh!!!


Step 1..pasang jacko...
Hayyaa...apai pasai ini hali kasi pancit.



Nurul ambil gambar menggunakan teknik low angle...aku soh dia baring utk ambik shot ni.


Qis dan neneknya terpaksa menunggu dgn penuh kesabaran.


Terajang untuk bukak nut...ketat siottt!

Cuba memasukkan tayar spare...

Tayar sparepun kurang angin tapi bolehla jalan dan pam angin di petrol pam yang terdekat.


Nurul gembira tayar berjaya ditukar.


Akupong gumbiraaaaaa...syukurrrrrrr!



Sunday, April 12, 2009

Aik!!!...dia jawab laaa...


Sambungan kisah semalam, kalau korang belum baca entry aku sebelum ni (Antara percaya atau tidak...), aku rekemen korang patut bacanya dulu than baru korang paham citer aku ni.

Kebetulan anak buah aku yang bawak citer "Peter Answer" ni datang kerumah aku harini. Apalagi terus kami tanya pasal Peter ni. Dengan penuh relax dan jujur dia bagi tau yg citer tu memang benar. Kami cakap yg semalaman kami dah try tapi Peter tak nak layan sampaikan kami aku sumpah seranah kat Peter tu.

Kami soh dia try kat sini.  Memula Peter tak nak layan tapi beberapa minit kemudian baru dia menjawab apa saja persoalan yg kami ajukan. Soalan pertama yg dia jawab, nama anak buak aku Farisha. Melompat kami dari sofa masing2 pi tgk kat laptop tu, pastu kami tanya dimana kami berada sekarang, (Bandar Seri Putra). Huh! gilerrrr... 

Dan terusla bertalu talu kami tanya...ada jugak yg dia tak jawab tapi kebanyakannya dia jawab dan jawapannya tepat sekali. Aku tahu benda cenggini takleh caye syirik...cuma kami heran camana dia boleh tahu segala galanya apa yg kita tahu. Kalau korang nak tgk dgn lebih jelas sikit, kata bawah ni aku siap amek gambar gambar yg Peter jawab...

Bazura..yg tersengeh depan laptop tu.. dia la anak buah aku tu.


What colour my aunt wearing now?

Yellow...tu adik aku yg pakai baju kuning.



Memang adik aku sedang pegang note RM50!



Mak aku dan kak long tgh masak kat dapur sambil gosip2. Memang betulpun.

Korangpun dah taukan yg wife aku due datenya 5/5/2009...


Aik...tanya dalam bahasa melayupun dia boleh jawab...



Asu tu gelaran nama aku dlm family...time tu aku dah tak tahan nak kencing, masa aku dlm toilet tu dia tanya aku kat mana...Pissed off....

Tengok...tempat aku kerjapun dia tahu.


Hah! yang ni korang boleh pikir sendiri la...

Memangpun mak aku tengah masak kerabu sotong.


Kakc long aku memang peminat setia Ramly MS.



Sambil kami dok pikir2 si Peter ni, anak buah aku try solan yg mencabar sikit...terkejut! Aku tgh pegang bantal hijaupun dia tahu.



Yang ni mensuspenkan kami semua.


Terkedu semua!


Nak percaya ...PM kita akan dtg adalah Anwar Ibrahim?






Aku, Kakak aku dan adik aku yg dia suka...tapi yg peliknya kami nilah yg banyak ckp besar dan menyumpah kat dia...teng teng tengggg



Alamakkkkkkk!!!


Masa ni lagi best...kaklong tgh kutuk dia dan ckp apa nak takut...ko tgk dia terus bagi warning.



Yang ini best! kalau betul betul jadi...


Yang ni kita tunggu Selasa ni Liverpool lawan Chelsea...betol atau tidak.

Kepada kengkwan yg nak cuba main dgn website Peter ni berhati hatilah jgn sampai percaya bulat2 takut jatuh syirik pulak.

Saturday, April 11, 2009

Antara percaya atau tidak...

Hari ini adik-adik aku dan mak datang rumah, lepak dan tidur dirumah aku. Biasalah kalau dah berkumpul, lepak depan TV sambil menonton sambil tulah jugak kami bercerita dan bergelak ketawa.

Tetiba selepas habis Konsert Akademi Fantasia, adik perempuan aku bukak satu topik cerita yang agak menarik untuk aku terus mendengar. Korang pernah dengar website "http://www.peteranswers.com/". Website Peter Answer ni boleh menjawab apa saja soalan yang kita tanya.

Yang peliknya kalau korang ada hilang barang dia boleh bagi tau kat mana barang tu terletak dan memang barang tu ada kat situ. Itulah yang terjadi kat member anak buah aku ni. Mulanya dia cam tak percaya so balik diapun nak try.

Anakbuah akupun try la main dgn siPeter ni...tanya siapa nama neneknya, Peter jawab Zaharah...aik camana si Peter ni tau nama melayu ni betul lak tu. Try tanya lagi warna apa baju adiknya pakai, jawab Peter..merah, betul jugak. Tanya lagi mak diorang tgh buat apa? Jawabnya tgh engage dgn seseorang. Terus adiknya naik atas tgk maknya, memang betul tgh engage dgn seseorang. Fuhhh!...dah mula suspen! Tanya kat mana dia berada? Jawab Peter...dalam masterbedroom....arrgghhh...apalagi masing masing dah mula takut dan taknak main lagi.

Aku macam tak percaya tapi takkan anakbuah dan mak2nya sekali nak tipu kami. Tapi kalu nak percaya cam tak masuk akal. So kami pun try la jugak....kalu korang nak tau try la sendiri.

Hidup ini penuh dengan misteriiiiiii...

Sunday, March 22, 2009

Single Terbaru

Mungkin kerana kurangnya bakat menghafal lagu2 terkini ataupun lagu2 terkini tidak berkualiti untuk dinyanyikan maka Qis memilih jalan untuk menyanyi lagunya sendiri. Dan apa yang lebih hebat lagi beliau juga cuba mengarah, merakam dan menerbitkan sendiri video klip tersebut. Tapi sayang beliau tidak sempat menghabiskan rakaman lagu beliau kerana diakhir rakaman Qis telah di kejutkan dengan kehadiran tuan punya handphone...kantoiii!

video

Tuesday, March 17, 2009

The Four Stoogers

The Four Stoogers, gambar ni di ambil 3 tahun lepas kalau tak silap aku untuk dijadikan farewel kad buat Iza Jepun. Aku try edit jadi Grunge image.


Hah! i'm backkkk....hihihi

Aku tahu dah agak lama aku tak update blog ni dan aku tahu ramai peminat2 blog aku ni dah merana sejak aku angkat tangan dari menaip blog ni...hahaha (ayat perasan) esp the elf dan BA yg asyik perli aku soh update. Bukan taknak update cuma sejak dua menjak ni aku dok asyik mendalami ilmu PS dan PG.

Insyaallah kalau ada rezki next month atau next year aku akan beli senjata sendiri. Tapi kalu sebelum ni aku memang dah decide nak beli Nikon D90 tapi semenjak aku tahu Moqh pakai Canon dan ditambahkan lagi hasilnya yg sangat mengagumkan aku, fikiran aku dah mula berbelah bagi. Ya memang aku tahu jenis kamera bukan perkara pokok, yang pokoknya cara tuan kamera tu sendiri yg ambil gambar tetapiiiii kepuasan dalam memilih itu amat penting supaya tak menyesal di kemudian hari...itu yg pokoknya.

Sabtu ni kalau tiada aral melintang, kami akan buat reunion group 3 photocamp 4. Tempatnya belum confirm lagi tapi tentetively kat Putrajaya pasal ramai ahli members dok kat sebelah situ. Syok gak rasenya dpt reunion pasal nanti bolehla kami nak tanya pelbagai soalan kat Moqh. Ada yg nak tanya pasal bisnes, ada yg nak ajak buat outdoor shooting dan ada yg nak mintak Moqh belanje makan...hehehe, pasal dulu dia janji kalau group kami menang dia nak belanja makan. Tapi bukanlah itu agenda sebenar kami, agenda sebenar kami nak korek ilmu lagi dari dia.



Tuesday, March 3, 2009

Underground Band

Masih lagi aku nak bercerita mengenai Photocamp yang lalu, lantaklah kalu korang dah bosan aku peduli apa, ini blog aku yang punya...bukan Man Belon yang punyeeeee!. Sebenarnya aku baru je dapat gambar2 Teknik Pengcahayaan grup aku ni, itupun aku copy dari blog Moqh fasi aku. 

Aku memang suke bangat teknik ni pasal sebelum pegi photocamp aku memang tatau langsung macam mana nak buat gambar2 macam kat bawah tu. Aku fikir macam susah, kena ada studio dan bermacam flash tetapi rupa2nya very simple dgn tak payah studiopun, tak payah banyak flashpun, kat luar rumah terang benderangpun boleh hasilkan teknik macam tu...pergghhhhh!

Pada mulanya memang kami kering idea pasal semuanya boleh dikatakan first time nak buat art directing, macamana nak direct supaya posing tu tak nampak kayu sangat, angle mesti cun tetapi hasil tunjuk ajar fasi kami dan teamwork yang sporting akhirnya kami dapat selesaikannya dgn baik sekali. Tema gambar kami "Underground Band".















Saturday, February 28, 2009

Rekod Tercipta Sudah!


Genaplah sebulan di bulan Februari ini aku mengupdate blog tanpa henti dan diikuti rapat oleh The Elf dan SOT. Impian aku mencipta Malaysia Book of Record telah berjaya dan sudah tercatat di dalamnya..hahahaha.

Lepas ni aku dah boleh relax2 dan suka2 hatiku bila nak update. Tiada lagi sakit jiwa, tekanan perasaan, perah otak dan bil letrik melambung. Masalahnya sekarang tiada pengalah so tiadalah kari kepala ikan...hampehhhh!

Kepada kengkawan yang turut sama mencipta rekod TAHNIAH diucapkan dan aku amat berbangga sekali korang sanggup manyahut cabaran gila bab aku ini. Mungkin kita boleh buat lagi dilain bulan jika ada permintaan dari para blogers....ade ke? Mungkin kita sediakan hadiah untuk memeriahkannya lagi.

Test Power
Tadi pagi sementara menunggu Qis habis Kem Bistari Solat Tahun 1 kat sekolah  rendah dia, kami sempat pergi Cyberjaya untuk mengasah skil karat aku ni. Macam biasa Nurullah jadi mangsa. Aku tengok cyberjaya amat menarik untuk bergambar. 









Friday, February 27, 2009

The Making

Inilah antara beberapa keping gambar di sebalik tabir kami. Sekarang ni pantang nak ambik gambar mesti mau baring punya, barulah nampak poyosioanal sikit dan hasilnya pun ala alasional. 





Thursday, February 26, 2009

Sedikit Gambar

Gambar2 kami tak lah hebat sangat seperti yang diwar2kan oleh Cornea tu tetapi ilmu yang kami dapat tu amat berguna sekali untuk menjadi seorang fotografer yang tulin. Kena praktikkan apa yg kami belajar tu dan rajin berusaha.


Kalau sebelum ini hanya tengok gambar saje tapi kalini aku dah bergambar sebelah Saiful Nang. Aku muka penat gila!


Group Photo...bergambar bersama medal Kumpulan Terbaik. Yang pakai cap tulah facie kami, Moqh...juga menang fasilitator terbaik. Wa cayalu bro...cooolllll!


Teknik Pengcahayaan
Tak banyak sangat gambar yang kami shoot sebab setiap sesi kami dikehendaki bagi 2 keping gambar. Iaitu 2 keping pagi dan 2 keping petang kecuali pada hari ketiga 4 keping seorang.

Tema underground. Group kami buat tema underground band. Yang melompat tu Ed salah sorang teammate kami telah dipilih menjadi model kami...lu memang best, sporting.


Gambar ni aku ambik dalam rumah/chalet yang terbiar. Nampak macam gelap walhal siang hari, terang benderang. 


Yang ni Soufee, juga salah sorang teammate kami. Serba boleh, pelakon boleh, penyanyi boleh, pelawak pun boleh. Memang kelakar gila mat kelantan ni. Gambar ni aku shoot tepi rumah org. Kami pilih lokasi ni pasal dinding tepi rumah ni ada lukisan grafiti, korang boleh nampak sikit yang kaler oren kat belakang tu.


Tema 'Kampung Scene'
Kami terpaksa terjah rumah orang kat Janda Baik. Rumah pertama kami pergi tak dibenarkan oleh tuan rumah pasal husbandnya tak ada dirumah. Dia kata kalu nak ambik gambar kat luar saje boleh. 
Yang ini plak tema Kampung Scene. Moqh, facie kami terpaksa jadi model kami. Pinjam rumah org kampung kat situ.


Story Telling
Sebenarnya untuk sesi ni aku ada banyak gambar tetapi disebabkan oleh beberapa hal yg tak dapat dielakkan, aku tak boleh nak siarkan gambarnya. Cuma aku boleh bagi tau, hari pertama kami buat kisah perogol dan hari kedua kisah cinta 3 segi.

Ending of the story, cinta 3 segi. Batang besi tu adalah pintu pagar resort kami, nampak macam kena jail.

Sekian

Wednesday, February 25, 2009

Hari Ketiga (Last Day)

Tamat sudah photocamp, Alhamdulillah...semuanya selamat.

Banyak yang dapat aku belajar di sini. Ianya membuatkan aku lebih faham macamana nak ambik gambar yang bagus. Cuma apa yang perlu lagi aku cari, gali dan polish ialah kreativiti aku dalam setiap gambar. Kadang2 buntu utk mencari angle yg menarik dan pose yang bagus.

Menang
Apa yang best, grup aku menang Kumpulan Terbaik Photocamp 4. Dapat medal dan sijil. Buat Facie aku Moqh...ko memang superb! Buat Juhairi, Soufee, Saed, Kannan, Ita dan Jua...Tahniah....Well done, keep it up. Teamwork yang sangat baik dari mereka. Aku suka kami macm satu family, walaupun kadang2 presure dgn assigment tapi dgn lawak2 bodoh korg terumata sekali mat kelantan tu (Soufee) mmg boleh menghilangkan dahaga....hahahahax10

Malam ni aku tak sempat nak upload lagi gambar2 aku kat photocamp ni pasal penat sangat semalam tidur jam 3.30 pagi pastu subuh dah bangun utk assgmt hari ni. Insyaallah besok aku uploadkan.