Saturday, February 28, 2009

Rekod Tercipta Sudah!


Genaplah sebulan di bulan Februari ini aku mengupdate blog tanpa henti dan diikuti rapat oleh The Elf dan SOT. Impian aku mencipta Malaysia Book of Record telah berjaya dan sudah tercatat di dalamnya..hahahaha.

Lepas ni aku dah boleh relax2 dan suka2 hatiku bila nak update. Tiada lagi sakit jiwa, tekanan perasaan, perah otak dan bil letrik melambung. Masalahnya sekarang tiada pengalah so tiadalah kari kepala ikan...hampehhhh!

Kepada kengkawan yang turut sama mencipta rekod TAHNIAH diucapkan dan aku amat berbangga sekali korang sanggup manyahut cabaran gila bab aku ini. Mungkin kita boleh buat lagi dilain bulan jika ada permintaan dari para blogers....ade ke? Mungkin kita sediakan hadiah untuk memeriahkannya lagi.

Test Power
Tadi pagi sementara menunggu Qis habis Kem Bistari Solat Tahun 1 kat sekolah  rendah dia, kami sempat pergi Cyberjaya untuk mengasah skil karat aku ni. Macam biasa Nurullah jadi mangsa. Aku tengok cyberjaya amat menarik untuk bergambar. 









Friday, February 27, 2009

The Making

Inilah antara beberapa keping gambar di sebalik tabir kami. Sekarang ni pantang nak ambik gambar mesti mau baring punya, barulah nampak poyosioanal sikit dan hasilnya pun ala alasional. 





Thursday, February 26, 2009

Sedikit Gambar

Gambar2 kami tak lah hebat sangat seperti yang diwar2kan oleh Cornea tu tetapi ilmu yang kami dapat tu amat berguna sekali untuk menjadi seorang fotografer yang tulin. Kena praktikkan apa yg kami belajar tu dan rajin berusaha.


Kalau sebelum ini hanya tengok gambar saje tapi kalini aku dah bergambar sebelah Saiful Nang. Aku muka penat gila!


Group Photo...bergambar bersama medal Kumpulan Terbaik. Yang pakai cap tulah facie kami, Moqh...juga menang fasilitator terbaik. Wa cayalu bro...cooolllll!


Teknik Pengcahayaan
Tak banyak sangat gambar yang kami shoot sebab setiap sesi kami dikehendaki bagi 2 keping gambar. Iaitu 2 keping pagi dan 2 keping petang kecuali pada hari ketiga 4 keping seorang.

Tema underground. Group kami buat tema underground band. Yang melompat tu Ed salah sorang teammate kami telah dipilih menjadi model kami...lu memang best, sporting.


Gambar ni aku ambik dalam rumah/chalet yang terbiar. Nampak macam gelap walhal siang hari, terang benderang. 


Yang ni Soufee, juga salah sorang teammate kami. Serba boleh, pelakon boleh, penyanyi boleh, pelawak pun boleh. Memang kelakar gila mat kelantan ni. Gambar ni aku shoot tepi rumah org. Kami pilih lokasi ni pasal dinding tepi rumah ni ada lukisan grafiti, korang boleh nampak sikit yang kaler oren kat belakang tu.


Tema 'Kampung Scene'
Kami terpaksa terjah rumah orang kat Janda Baik. Rumah pertama kami pergi tak dibenarkan oleh tuan rumah pasal husbandnya tak ada dirumah. Dia kata kalu nak ambik gambar kat luar saje boleh. 
Yang ini plak tema Kampung Scene. Moqh, facie kami terpaksa jadi model kami. Pinjam rumah org kampung kat situ.


Story Telling
Sebenarnya untuk sesi ni aku ada banyak gambar tetapi disebabkan oleh beberapa hal yg tak dapat dielakkan, aku tak boleh nak siarkan gambarnya. Cuma aku boleh bagi tau, hari pertama kami buat kisah perogol dan hari kedua kisah cinta 3 segi.

Ending of the story, cinta 3 segi. Batang besi tu adalah pintu pagar resort kami, nampak macam kena jail.

Sekian

Wednesday, February 25, 2009

Hari Ketiga (Last Day)

Tamat sudah photocamp, Alhamdulillah...semuanya selamat.

Banyak yang dapat aku belajar di sini. Ianya membuatkan aku lebih faham macamana nak ambik gambar yang bagus. Cuma apa yang perlu lagi aku cari, gali dan polish ialah kreativiti aku dalam setiap gambar. Kadang2 buntu utk mencari angle yg menarik dan pose yang bagus.

Menang
Apa yang best, grup aku menang Kumpulan Terbaik Photocamp 4. Dapat medal dan sijil. Buat Facie aku Moqh...ko memang superb! Buat Juhairi, Soufee, Saed, Kannan, Ita dan Jua...Tahniah....Well done, keep it up. Teamwork yang sangat baik dari mereka. Aku suka kami macm satu family, walaupun kadang2 presure dgn assigment tapi dgn lawak2 bodoh korg terumata sekali mat kelantan tu (Soufee) mmg boleh menghilangkan dahaga....hahahahax10

Malam ni aku tak sempat nak upload lagi gambar2 aku kat photocamp ni pasal penat sangat semalam tidur jam 3.30 pagi pastu subuh dah bangun utk assgmt hari ni. Insyaallah besok aku uploadkan.

Tuesday, February 24, 2009

Hari Keduaku

Hari ni betul2 mencabar. kiteorang da x kisah da nak bergolek atas jalan raye, atas tanah, atas lumpur...atas taik..hihihih...asalkn dpt shot2 yg terbaik. So pic2 yg terbaik mcm biasela mlm ni akan diberi kritikan. Yahoo.... Esok balik... Berjaya dpt update blog. Jgn mare rakan2 semua.

Sunday, February 22, 2009

hari pertama


Lagi...

Qis sedang meneropong  kawasan sekitar...kot kot ada mamak jual ais krim...dahaga sangat!


Berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan ke depan.


Cuba memberi posing skema di tepi tasik Chini.


Sssssyyyyy....pose agak bahaya, walaupun pregnant 7 bulan, aku soh nurul panjat batu tu.


Di awal sesi, mekap masih melekat, ketiak belum berpeluh...hehehe

Saturday, February 21, 2009

Pra Fotografi

Siang tadi aku sekeluarga buat sesi pra fotografi di Taman Botani, Putrajaya. Kiranya warmup session la sebelum aku berangkat ke Photocamp 4 Isnin ini. Asalnya plan kami nak datang ke situ pagi, sebelum matahari pacak atas kepala, tetapi disebabkan keterlanjuran tidur, kami sampai lebih kurang jam 12.30 tghari. 

Nurul dan Qis bergilir gilir jadi model aku, berdiri, duduk, baring, panjat, gatal, panas, dahaga dan berbagailah . Dan kadang2 Qis buat hal merajuklah, merengeklah pasal dia kata papa asyik ambil gambar mama je...mana ade!

Beberapa jam kemudian adik aku dan wifenya Amer dan Effapun datang joint kami disitu. Diorangni gila fotografi jugak macam aku cuma bezanya aku belum ada kamera sendiri lagi, dia dah ada canon 450D. 

Inilah 15 dari 470 kpg gambar hasil yg aku tangkap. Nak komen? komenlah...

















Friday, February 20, 2009

Republished : Tonton Lagi + clip video

Tak selalu aku tengok wayang tapi entah kenapa bulan ni macam kerap lak. Mungkin disebab tarikan 2 filem itu yg membuatkan aku tertarik tarik ke panggung selain dari tarikan tangan ppl hse aku. Filem Ong Bak 2 dan Geng Upin Ipin memang filem yg aku tunggu2 tapi yg lainpun aku tunggu jugak...arghhh enoughhhhh! Yahudi semua tu boikot, beli cetak rompak je cukup padan muka diorang tak leh buat duit....hihihi.

Aku nak ulas sikit ttg filem Ong Bak 2 ni apa yg boleh aku katakan, aksi lawannya memang hebat dan gempak. Dan bagi aku seni lawannya yg paling hebat compared to other heroes yg sejawatan dgnnya. Mmg aku suka sgt skil gaduh hero Thailand ni lebih2 lagi bila dia belasah org guna kepala lutut terbangnya...huhhh kalu kena pasti kojol punya.

Tetapi dalam Ong Bak 2 ni jalan ceritanya agak membosankan dan endingnya yg anti klimaks...tergantung, hero kena tangkap dan dihukum bunuh pastu tetiba tunjuk muka hero berjambang dok dlm hutan...nak sambung lagi la tu gamaknya. Apapepun aku bagi 4* utk filem ni. Lepas ni no more wayang2. 


Lagi scene yg wa sempat rompak buat tontonan kengkawan...hehehehe
Sepatutnya clip video ni masuk sekali semalam tapi disebabkan oleh masalah  teknikal maka aku repulished hari ini.

video

Thursday, February 19, 2009

3 Hari Lagi...

Makin dekat makin terfikir-fikir pula di fikiranku. Apa yang bakal aku tempuh di Photocamp 4 (Kursus Fotografi) pada 23 sehingga 25 Februari ini. Kursus yang di asaskan oleh salah seorang fotografer terkenal di seantero dunia, Saiful Nang...(ye ker seantero, lebih kurang la pasal kalu tengok portfolionya boleh dikatakan sebegitulah).

Tadi petang aku buat panggilan ke Candid Syndrome, nak confirmkan apa yang perlu aku bawa. Kebiasaannya aku laiase dgn staffnya yang bernama Jastina tapi tadi petang aku call katanya Jastina dah resigned. Staf baru, Salha yg ambil alih tugasnya. Salha kata aku perlu bawa Camera (ofcoz la...), laptop, towel dan mungkin selimutpun. Apala punya cokia resort, selimutpun kena bawa sendiri ke? 

Kalau ikut jadual asal camp kami di Ulu Langat tapi telah diubah ke D'Ark Training Resort, Janda Baik. Alamak....45km dari R&R Sepah, Genting Highland. Kami kena bermalam di situ selama 3 hari 2 malam. Jadualnya start dari jam 9 pagi sampailah ke 12 malam, perghhhh...kauw kauw punya kelas ni tapi takpe aku suka pasal aku minat!

Yang mas alahnya ialah apa akan jadi pada blog aku...huwahuwaahuwaaa!!! Ada 3G tak kat sana, ada internet tak? ada coverage tak? Huhhh...kudoakan atleastpun boleh buat call. Kalu tidak tewasla aku untuk mencipta rekod mengupdate blog setiap hari dibulan Februari ini. The elf dan SOT tu memang pelahap punya orang pulak tu. Argghhhh...jangan harap la woiiiiii!!!!

Aku akan carpool dengan Pojie ke sana, naik keta korea. Pojie dengan D80 barunya yang dibeli dengan duit poketnya sendiri manakala aku pula dengan 400D yg opis punya. Kami berdua melangkah ke sana dengan visi dan misi yang menggunung setinggi gunung everest. Dan apabila kami pulang, kami akan pulang dengan cita cita.....cita cita arghhh tak payah la nak citer!




Wednesday, February 18, 2009

Ada Bau!!!

Hari ini aku tak dapat nak concentrate berkarya pasal tetiba ada bau dalam rumah aku ni...bau kencing kucing. Sejak bila lak aku ada bela kucing...tiada! Kot kencing tikus kot...tapi macam tak pernah kelihatanpun kelibat siti tu. Habis bau apa hah??? Korang tau tak? Cuba korang bukak lobang hidung korang luas2 pastu tarik nafas slow2...ada bau tak? Takde! 

Tak pe nanti aku pi investigate mana datangnye bau itu. 

Tuesday, February 17, 2009

Apa Nak Jadi?

Apa nak jadi dengan aku punya family...mula mula dulu aku sukak sukak tetapi nak cipta rekod punya pasal, hari hari aku dok depan laptop aku...

Akibatnya...

Aku punya people house (Orang Rumah la...) sudah bising...waduhhhh...aku cakap nak cipta rekod nanti abg boleh masuk dlm Malaysia Book of Record pastu abg dpt title "Datuk"...pastu abg jadi glamour... pastu sape yang senang?....sayanggg jugakkk...hehehe

Tak puas hati dgn aku, ppl hse pun buat jugak belog dia...namanya catbunge. Dia pulak dok layan depan laptop aku, nasib baik aku ada lagi satu Mac, so takdelah menganggu sangat. 

Tak habis di situ saje...

Anak aku, Qistina...pun nak blog jugakkkkk....merayu rayu...merengek rengekkk...nak blog. Mas alahnya faham ke apekejadahnya guna blog tu. Sape nak updatekan? sape nak bace? Huhhh...fening... feninggg. Skang ni ppl hse aku tgh createkan blog untuknya. 

Jadi.... tungguuu... akan kehadiran blog tercelaru tahun ini!

Inilah gara gara aku...satu rumah dah jadi meroyan blog...Apa nak jadi...?

Monday, February 16, 2009

Qistina 7 bulan...

Hari ini hari ke-16 cabaran mengupdate blog. Nak tak nak terpaksa update gak, ada tak ada cerita terpaksa cerita gak, malas tak malas terpaksa buat tak malas gak, suka tak suka.....uuuudah3...bila nak habis daaaa...

Pikir punya pikir...gali punya gali terjumpa lah aku akan clip video ini. Qistina semasa berumur 7 bulan. Time tu rekod pakai digital camera tapi time tu digital camera boleh rekod gambar sahaja tanpa suara...bisuuu.


Tangan yang mencubit Qis dgn kasar itu adalah tangan ibunya...di ending video Qis jebek nak nangis...sakit kot.
video



video

Kini Qis sudah berumur 7 tahun dan sudah bersekolahpun. Sayyyyyaaanggggg...Qistina.

Sunday, February 15, 2009

Shuffling!

Kami tak pernah bershufflepun depannya...dan kami tak pernah berceritapun tentangnya...dan kami tak pernah lihatpun dia tengok shuffle...

Aleh2 kemanapun kami pergi...asalkan berjalan kaki...dia akan shuffling tanpa mempedulikan alam sekitar. Tapi shufflenya ala2 je...mana belajar aku tak tahu. Tanya dia...dia kata blajar sendiri...hebattt! 

Shuffle di kaki lima...
video


Shuffle di rumah...
video


Di pasar malampun dia shuffling....aduh!
video

Sebenarnya ada lagi di beberapa tempat lain yang aku segan nak record seperti di Alamanda, Restoran Mamak dan beberapa tempat lain.

Saturday, February 14, 2009

Geng Upin & Ipin Memang Bestttt!!!


Semalam kami sekeluarga pegi nonton wayang lagi di Alamanda, citer Geng Upin & Ipin. Nak support filem Malaysia, filem melayu, sape lagi nak support kalu bukan bangsa kita sindri. 

Agak penuh jugak la panggung, separuh daripadanya geng upin & ipin (bebudak la). Aku memang tak sabar nak tengok citer ni...maksudku sejauh mana kehebatan animator kita.

Apa yang dapt aku komenkan, daripada 5 bintang aku bagi 6 bintang! Perghh...memang best citer ni. Dari animationnya sehinggalah ke jalan citernya memang tidak membosankan. Memang penuh dengan lucu, kelakar, gila2, suspen dan sedihpun ada...pendek kata...macam macammm adaaaa!

Aku rase mcm nak gi tengok lagi dan yang pasti aku akan beli CD ORIGINALnya nanti. Lawak si ipin dan upin tu mmg menjadi, budak yg mulut becok dengan suara halusnya yg sungguh cute membuatkan satu panggung tak kering gusi. Lebih hebat dari filem Pink Panther yg lawak bodoh tu. Aku berani cakap filem ni mmg sebaris dgn filem2 animation Walt Disney dan yg lain2 dari barat tu. 

Betul betul betul betul betul!!! 


Antara babak2 yg berjaya kurakam curi...hehehehe :)



video


video

Friday, February 13, 2009

Agimiti?

Agimiti? apa tuh?...satu jenama MLM barukah? atau jenama kereta barukah? atau jenama budu barukah? atau jenamaa.....udah udah la tu...

Kisah bermula....
Semua orang dah bersepakat. Makcik Kamlah pencadangnya, mak cik2, pakcik2, maknya si nurul, atuk semuanya bersetuju sangat. Mereka sudah sebulat suara bersetuju. Memandangkan mereka semua sudah bersetuju maka atuknya pun memulakan langkah ke tempat yang patut di tujuinya.

Setelah lama menunggu tibalah giliran atuk ke kaunter...kaunter??? Terus atuk menghulurkan saja secebis kertas yang sudah ditulis oleh makcik Kam di rumah tadi.

Tiba-tiba...
"Heihhh...nama kalu takde makna...tak elok! Bagi la nama yang ada makna sikit!" keluh pegawai pendaftaran tersebut.

oooo....rupa rupanya Agimiti itu adalah nama yang sepatutnya hendak diberikan kepada nurul.

"Kalau macam tu encik bagila nama yg sesuai", jawab atuk.

Tanpa banyak songel...pegawai itew menamakannya Nurulhidayah. Atukpun setuju aje. Apabila sesampai je dirumah, makcik2, pakcik2, anak2, kezen2 dan sebagainya sudah menunggu dengan biasa aje. Atukpun bercerita kpd mereka smua apa yg telah terjadi di pejabat pendaftaran tadi. Mereka smua ketawa berdekah dekah kah kah kah!

Tetapi cerita ini tidak habis di situ saja...ayah nurul tidak berapa suka pula dengan nama tersebut. Diatas surat beranak sesedap rase ayahnya telah menambah perkataan 'ti' dihujungnya so jadilah Nurulhidayahti...ada sikit sikit bunyi Agimiti jugaklah.

Siapa Agimiti sebenarnya...
Agimiti adalah kawan baik kepada makcik Kam yang telah lama lost contact, berasal dari Sarawak.

Tammat.




Thursday, February 12, 2009

Lunch Bergambar

Kata Asnol blog aku takde gambar, tak best. Jadi entry aku hari ini aku bubuh gambar.

Malas la nak citer...stret to the point. Tadi kami lunch kat Restoran Nasi Kandar Haji Ibramsha, Jalan TAR. 

Kami masuk ikut pintu belakang, buat spotcheck.


Aku dgn wajah happy dapat makan nasi kandar. Cuba teka yang mana aku?

Lauk aku...ayam dan sotong adalah lauk aku, lauk kegemaran aku.

Abg Pojie dan Osman...berlumba sape habis dulu. Tengok mata Asnol, walaupun dalam pinggannya dah ada popodum tapi cuba nak ambil lagi popodum wakaf...asnol...asnollll!

Tuan manager...antara pelopor nasi kandar yang masih wujud. Zul, racer yang hati kering (ikut kata abg pojie la)

Azmi...bukanlah penggemar nasi kandar...makan kerna terpaksa. Beliau penggemar nasi ambengg.

Menang bersama...first time datang ke situ. 

Licin...bukti betapa sedapnya nasi ini.

Dapurnya...kami masuk melalui dapur yang jarang dibenarkan oleh Restoran Nasi Kandar. Tetapi tidak di sini...terbukti bersih, no spender no stokin....macam no women no cry...

Hasilnya...terlebih makan kas kas.

Kami pulang dgn penuh kepuasan sambil menyanyi beramai ramai dalam keta...puulang marilah puulang...marilah puulang...bersama samaaaaa....heiii...
There was an error in this gadget

bg

My Blog List

HEDGEBEEWHY PHOTOGRAPHY

About Me

My photo
Aku adalah aku, hanyalah seorang hamba Allah yang sentiasa mengharapkan keredhaanNya. Sesungguhnya aku seorang hamba Allah yang banyak kekurangan dan aku sentiasa mencuba untuk mencari cahayaNya.

Followers

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget
There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

Visited