Saturday, February 7, 2009

Aku Dah Jadi Artist

Sebenarnya aku interview untuk post Jurujual tetapi interviewer telah merekemen aku untuk post Display Artist melihatkan SRP dan SPM aku score Seni Lukis. Apakejadahnya Display Artist tu....pelakonkah...penyanyikah? Aku macam blur sekejap tetapi setelah diberikan penjelasan yang secukupnya barulah aku faham...dia telah arrangekan second interview khas untuk aku. Aku success dan telah diterima bekerja di Jaya Jusco tetapi diketika itu Jusco Taman Maluri belum siap sepenuhnya...buat sementara waktu aku bertugas di Jusco TTDI.

Dua bulan kemudian barulah kami berpindah ke Taman Maluri. Fuhh...Grand Openingnya...masih terbayang bayang lagi aku akan suasana itu sungguh busy, meriah dan hapening! Department aku ialah POP Department, Boss aku...Tomonaka, orang jepun. Baik orangnya, suka bagi hadiah dan belanja makan. Kalau salah seorang staffnya birthday satu dept. dapat hadiah tapi birthday boy specialla sikit hadiahnya.

Tugas utama aku ialah menulis tanda harga dengan menggunakan marker pen artline. Berbulan bulan aku belajar untuk mendapatkan stroke tulisan itu. Tugas lain buat decor, mannequin display, jadi fotografer, hanging mobile...pakai kostium maskotpun ada. Disinilah bermulanya karier aku sebagai designer.

Aku dengan gaya rambut baruku ketika itu.

Birthday gathering di kantin bersama rakans . Yang belakang aku berbaju hijau tu ialah Chew, supervisor aku.

Aku didalam pejabat...pantry kat sebelah je.

Rakans bergambar dgn bos no 1, masa birthday gathering di kantin.

Mudanya aku...wajah masih virgin.

Aku sedang mengecat bunting di car park roof top. Zaman tu belum ada inkjet printing lagi.

6 comments:

the elf said...

kahkahkahkahkahkhakahkah..muke tak leh blah la............lawak2..serious muke JAMBU giler!!

arghzernol said...

wakakakaka makoooiii gitu rupe nye mase belum pecah teruna yek...

corneamelayu said...

lebuh kurang sama je sejarah dunia pekerjaan kita ni bro...kau x tau apa itu kerja sbg display artists, aku plak keje sbg props artist..keje cmana tu?...rupa2 nya lebih kurang sama je..tapi aku keje x tentu tempat la..1st job..kat penang, pastu kat pusat sains negara..pastu titiwangsa..pastu...x dpt gaji...pastu...aku nganggur...pastu...sambung blaja...pastu...lelama aku keje la mcm skang...hehehe

aYu said...

hahahahaaaa...comel arr.. betol nim muka JAMBU..

school of thoughts said...

masya Allah!! KURUS. KANAK2. TERKULAT2. SIPU2. HBY di zaman muda.

hedgebeewhy said...

elf
itulah muka lelaki terhangat dipasaran

zernol
amacam kiut tak?

cornea
ada lagi yang sama ngan aku...pastu sama sama jadi fotograper...hihihi

ayu
secara live lagi comel!!!

sot
masa tu aku makan herbalife...

There was an error in this gadget

bg

My Blog List

HEDGEBEEWHY PHOTOGRAPHY

About Me

My photo
Aku adalah aku, hanyalah seorang hamba Allah yang sentiasa mengharapkan keredhaanNya. Sesungguhnya aku seorang hamba Allah yang banyak kekurangan dan aku sentiasa mencuba untuk mencari cahayaNya.

Followers

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget
There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

Visited