Tuesday, February 3, 2009

Hantu Mengilai

Kisah ini adalah kisah benar, ianya terjadi lebih kurang 15 tahun yang lalu. Ketika itu aku masih teruna remaja lagi. Abangku seorang draughtsman disebuah syarikat swasta yang berpangkalan di KL, pejabatnya ditingkat 2.

Hari itu boss tiada di pejabat. Jadi dia merancang untuk menyakat kengkawan sepejabatnya.

Dia merancang untuk tidak keluar lunch pada hari tersebut...kirim tapau aje. Plannya ialah dia akan berdiri diatas kerusi di belakang pintu. Apabila terbukanya pintu itu dia akan melompat dari kerusi sambil mengilai macam pontianak...lampu semua akan dipadam agar suasananya lebih menyeramkan.

Tup tap tup tap...bunyi tetapak kekaki kekawannya memanjat tangga. Dengan pantas abangku yang suka berguarau ini menyorok diatas kerusi yang telah tersedia di belakang pintu itu.

Kreeekkk....pintu pun terbuka...

Dengan penuh fill dan gaya abang aku terus terbang melompat sambil mengilai....hii hiiii hiiiiiii hiiiiiii!!!!

Ooooo antu pocong mak kauuuu....!!!! (terkejut sambil melatah)

Tapi yang malangnya....apa yang terjadi bukan seperti yang dirancang. Yang terkejut itu bukan kengkawannya tapi BOSS.

Ko ni apsal Yusri, nak main main hantu plak ngan aku....dah pi wat keje!!!

Dengan merah padam abang aku berlalu pergi dari situ. Nasib baik tak kena buang keje. Mulai hari itu abang aku lebih berhati hati untuk menjadi hantu.

4 comments:

Aida Nurni said...

lucu lagi entry ko kali ni bang... ko ni buleh masuk raja lawak dgn yuzle... hehehehhe...

Peri Ungu said...

ape kate abg lak buat kat office. kalau kena kat MRS memang best lah kan..heheh

arghzernol said...

wahahaha... aku suke.. aku suke.. aku suke cerita nie walau pon aku dah dengar 2 3 kali sampai dah dapat menbayangkannya aku tetap akan ketawa sampai terburai isi perut aku... wakakakaka...Brabo!

aYu MaCCa said...

wahhh..giler lucu arr..Nim Wat kat MRS x ganas..aper kata wat kat sorang lagi..mmmmmmm

bg

My Blog List

HEDGEBEEWHY PHOTOGRAPHY


About Me

My photo
Aku adalah aku, hanyalah seorang hamba Allah yang sentiasa mengharapkan keredhaanNya. Sesungguhnya aku seorang hamba Allah yang banyak kekurangan dan aku sentiasa mencuba untuk mencari cahayaNya.

Followers

Visited