Thursday, February 5, 2009

Aku Seorang Cleaner

Boss : Hezri mulai esok kau telah dinaikkan pangkat sebagai team leader, faham!

Aku : Team leader?, Gaji boss?

Boss : Gaji sama RM265 sebulan!

Aku : Tapi boss…

Boss : Takde tapi tapi…take it or livit!

Aku : Hampeh…kedekut taik idung masin..(bisik hatiku)



Ketika itu aku baru berumur 18 tahun tapi telah ditawarkan jawatan sebagai Team Leader di syarikat pembersihan yang beroperasi di Daya Bumi.

Baru semalam aku mula bekerja, hari ini telah dinaikkan pangkat sehinggakan makcik makcik yang sudah bertahun bekerja disitu naik jeles dengan aku. Kononnya aku dinaikkan pangkat sebab aku graduate SPM.

“Pegang moppun tak reti dah jadi team leader” umpat makcik makcik otai disitu pada aku.

Mulalah tugas baru aku di siitu. Tak susah…aku kena masuk dan cek setiap tandas dari level 10 sampailah level 23. Alah…mcm tugas supervisor / duty manager la lebih kurang, cari kerosakan atau sebagainya.

Aku bosan dengan tugas baru itu, aku tidak dibenarkan oleh boss untuk bergaul dgn cleaner2 disitu…katanya level aku dah lain….pirahhh.

Pada suatu hari aku, amer dan Azli terbaca satu iklan besar dipaper, Jawatan Kosong sebagai Jurujual di Jaya Jusco, Taman Maluri yang akan dibuka. Kami bertiga merancang untuk menghadiri temuduga tersebut. Tapi masalahnya temuduga tersebut jatuh pada 31 ogos dimana kami dikerah utuk bekerja lebih masa.

Kami berkeras utuk pergi juga temuduga tersebut. Tapi kami telah membuat kesilapan bodoh kerana dah la ponteng, boleh pi lalu lagi kat Daya Bumi. Makcik makcik otai yang memang dah lama tunggu peluang untuk menjatuhkan aku telah ternampak kami dan terus merepot kepontengan kami kepada bos.

Keesokan harinya aku telah dipanggil oleh boss.

Nak tau apa kesudahannya.. bersambung esok…

5 comments:

corneamelayu said...

ni tektik nak update blog la ni...padahal xde cite dah...huahaha...kg attap punye pasal...x pe..aku sokong cara kau...hehe

the elf said...

mane aciiiiiiiii..main tipu wo..ok takpe2..bersedialah untuk stage seterusnya.

hedgebeewhy said...

nak tido malampun x lena dok pkir apa nak tulis lagi esok...fining finingg.

oi aci!!! janji update!!

arghzernol said...

nie dah macam drama swasta semi gov pulak ada sambungan... bagi trill sikit lah... bubuh gambar macam cik bertudung.. baru update..

school of thoughts said...

eheheheh... aku tau kesudahannya... ko dipanggil dan lantas diberentikan keje. sekian. tamat. ko tak yah sambung. update citer lain...

There was an error in this gadget

bg

My Blog List

HEDGEBEEWHY PHOTOGRAPHY

About Me

My photo
Aku adalah aku, hanyalah seorang hamba Allah yang sentiasa mengharapkan keredhaanNya. Sesungguhnya aku seorang hamba Allah yang banyak kekurangan dan aku sentiasa mencuba untuk mencari cahayaNya.

Followers

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget
There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

Visited