Monday, February 2, 2009

Bosan. Syurga. Tak tercapai akalmu.

Bosan

Tengok raja lawak...tak lawak, im soriiii...!!!

Tengok astro citer entahapeapentah.

Syurga

So aku layan NGEO, tajuk "Air Crash Investigation". Memang suspen campur takut tengok time kapal menjunam berpusing-pusing...tunggu rase mati je.

Qis kata: kalau mati boleh masuk syurga!

Aku kata: kalau diorang sembahyang, buat baik bolehla masuk syurga.

Qis kata lagi: bestnya masuk syurga, nanti boleh mintak mainan dengan Allah...

Aku: ??!!@@###** ): ):

Tak tercapai akalmu

Aku sedang bersurfing, Nurul sedang memasak.

Tetiba: sayang beras habisla! jerit ala ala manja tak manjanya dari kitchen.

Alahai malasnya nak kuar. Tetiba terlintas difikiranku stok nasi impit last raya masih ada, belum xpired, rugi kalau tak guna.
Semalam aku buat stock check, itu pasal la aku tahu.

Sayang amek je beras nasi impit tu, boleh pakai lagi. Jawab aku yg kufikir nurul faham apa yg aku fikirkan.

15 minit kemudian...

Jom makan dah masak...pelawa nurul.

Eh!!! kenape..!!!???*** hahahahaha...

Apsal tak bukak plastiknye dan ambil berasnye je, masak mcm beras biasa. Ini dah jadi nasi impit.

Nurul gelak akupun gelak...hahahhaha...

Makanlah kami tengahari ini nasi impit berlaukan ayam masak merah.

7 comments:

the elf said...

hihihi..tu la malas nye pasal.kan dah terhimpit.ngoh ngoh

Hidemichimomotani said...

Bosan: Sepah je ok aku tgk...kan? kan?

Syurga: moral of the story, tambah mainan lagi!

Tak tercapai akalmu: cakap biar terang!

Haaa...boleh pun menghapdet entri selalu...bukan apa, malas je. Aku cadangkan ko up lagi 10 hari jadikan 40 hari cabaran ko ni. Supaya nnt minda bawah sedar ko berfungsi!

p.s:mcm citer SEPI la satu entri 3 cerita...mantop!

aYu said...

hahahaaa...abg saya pon nak try gak resepi tu. cam sedap jer.

school of thoughts said...

sumpah lucu.... lebih lucu dari raja lawak... aku baca je aku dah budget masak nasi himpit cenggitu aje... rupanya ko suh amik berasnya.. kalau aku Naza suh, agaknya aku pun mcm Nurul... betul bendul... wakakakak...

corneamelayu said...

kira ok la tu...sambut hari raya wilayah persekutuan...huahahah..

arghzernol said...

brooo gua dah copy bendera terlarang tuuu... so kira ok lah yek.. yg lelain pon follow lar jugak yek.. Save Palestine.. Save our Islam & Iman... takbir..

hedgebeewhy said...

the elf
bukan malas, tak nak membazir.

momotami
memang betul, akupun suka Sepah.
sepi...aku tengok citer tu dpt tiket free.

ayu
tryla memang sedap, nanti nak cipta lagi gabungan baru.

SOT
itula, bini aku kata aku terlalu kreatif sehingga tak terfikir olehnya.

cornea
betulla cakap ko, aku namakan makanan tu nasi wilayah..amacam ok tak?

argzenol
aku suka...mari kita boikot zionist...takbirrrrr

There was an error in this gadget

bg

My Blog List

HEDGEBEEWHY PHOTOGRAPHY

About Me

My photo
Aku adalah aku, hanyalah seorang hamba Allah yang sentiasa mengharapkan keredhaanNya. Sesungguhnya aku seorang hamba Allah yang banyak kekurangan dan aku sentiasa mencuba untuk mencari cahayaNya.

Followers

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget
There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

Visited