Gambar2 kami tak lah hebat sangat seperti yang diwar2kan oleh Cornea tu tetapi ilmu yang kami dapat tu amat berguna sekali untuk menjadi seorang fotografer yang tulin. Kena praktikkan apa yg kami belajar tu dan rajin berusaha.

Kalau sebelum ini hanya tengok gambar saje tapi kalini aku dah bergambar sebelah Saiful Nang. Aku muka penat gila!

Group Photo...bergambar bersama medal Kumpulan Terbaik. Yang pakai cap tulah facie kami, Moqh...juga menang fasilitator terbaik. Wa cayalu bro...cooolllll!
Teknik Pengcahayaan
Tak banyak sangat gambar yang kami shoot sebab setiap sesi kami dikehendaki bagi 2 keping gambar. Iaitu 2 keping pagi dan 2 keping petang kecuali pada hari ketiga 4 keping seorang.
Tema underground. Group kami buat tema underground band. Yang melompat tu Ed salah sorang teammate kami telah dipilih menjadi model kami...lu memang best, sporting.

Gambar ni aku ambik dalam rumah/chalet yang terbiar. Nampak macam gelap walhal siang hari, terang benderang.

Yang ni Soufee, juga salah sorang teammate kami. Serba boleh, pelakon boleh, penyanyi boleh, pelawak pun boleh. Memang kelakar gila mat kelantan ni. Gambar ni aku shoot tepi rumah org. Kami pilih lokasi ni pasal dinding tepi rumah ni ada lukisan grafiti, korang boleh nampak sikit yang kaler oren kat belakang tu.
Tema 'Kampung Scene'Kami terpaksa terjah rumah orang kat Janda Baik. Rumah pertama kami pergi tak dibenarkan oleh tuan rumah pasal husbandnya tak ada dirumah. Dia kata kalu nak ambik gambar kat luar saje boleh.

Yang ini plak tema Kampung Scene. Moqh, facie kami terpaksa jadi model kami. Pinjam rumah org kampung kat situ.
Story Telling
Sebenarnya untuk sesi ni aku ada banyak gambar tetapi disebabkan oleh beberapa hal yg tak dapat dielakkan, aku tak boleh nak siarkan gambarnya. Cuma aku boleh bagi tau, hari pertama kami buat kisah perogol dan hari kedua kisah cinta 3 segi.

Ending of the story, cinta 3 segi. Batang besi tu adalah pintu pagar resort kami, nampak macam kena jail.
Sekian