Sunday, November 23, 2008

Nekad

Dah nak hujung tahun, jadi kali ni aku dah pilih 'Azam' yang patut aku target untuk tahun depan. Seingat akula azam yg paling berjaya aku buat sebelum ni adalah utk tutup kad credit dan bayar hutang. Alhamdulillah satu loan dan satu credit card berjaya aku hapuskan...tapi ada lagi yg lain. Biasalah selagi hidup selagi tulah berhutang bagi org2 yang macam aku ni. 

Ok berbalik pada tajuk aku tu sebenarnya aku dah berNEKAD utk berhijrah dari seorg graphic designer kepada photographer. corneamelayu, aku dah pass quotation Saiful Nang tu kat salina, dia setuju dan akan keluarkan LOA utk byr booking fees tu, amacam...ada brani. Insyaallah course tu nexyear bulan 2. Mcm lambat sgt tapi apa bleh buat course utk bulan 12 ni dah penuh jadi terpaksalah aku bersabar sikit. Kalu ikutkan hati esok gak nak gi klass tu.

Semalam aku gi wedding adik aku kat muar. Biasalah ada kahwin adalah fotograferkan. Hati aku berbisik, inilah kesempatan yg patut aku blajar. Memandangkan aku belum ada lagi DSLR aku sendiri maupun compact camera, aku amek video ajela, layan gak video ni pasal aku suka buat editingnya lepas tu. Sambil2 tu mata aku curi2 tgk mamat tu ambik gambar. Ok la mcm fotografer biasa ambik gambarr...aku tak boleh nak ukur kebagusannya lagi selagi aku belum tengok hasilnya. Adik aku kata gambar dia cunn, ok tengoklah nanti. Oh ye, lupa nak citer camera apa dia pakai, Nikon D80. 

Yess dia tengah lepak (tunggu pengantin tukar baju)...kesempatan utk aku beborak ngan dia. Mulalah berbagai soalan aku lemparkan. Katanya dia buat wedding ni dah 3 tahun tu pun part time je, fulltime jaga kedai bakery family dia punya. Nexyear baru dia plan nak buat photography ni fulltime. Dulu dia keje kat agency sebagai photographer. Aku tanya kat mana dia blajar fotografi ni. katanye kat MMU. Dia tanya aku minat fotografi ke, aku kata aku minat dan plan nak ambik course kat saiful nang. dia terkezut pasal katanya dia baru pi photocamp 2 saiful nang. katanya memang best banyak dia ajar pasal angle dan teknik...aku tak dpt nak tanya panjang lebar lagi pasal pengantin dah kluar dari bilik persalinannya. akupun bergegas pulang ke KL ngan family & sedare mare aku.

Aku harap aku success dgn nekad aku ni. Dari dulu lagi mmg aku minat dgn fotografi ni cuma tak berpeluang je utk menunaikan minat aku ni. almaklumlah hobi ni bukannya murah-murahan. Tapi sejak en roslan belikan aku camera tu minat aku dtg balik. Yati & salina pun soh aku pi training yg bersangkut paut ngan keje aku, yela EDP mana pernah aku pegi. Fotografi ni mmg relate ngan keje2 graphic. Pasni kalu nak buat company profile takpayah nak hire fotografer lagi. dari A-Z aku bleh buat kecuali printing je hantar luar. Keje akupun bertambahlah lagi le, takpe keje2 mcmni ada jiwa, aku suka. Sebenarnya bukanlah aku nak buang terus graphic tu, tak boleh buang cuma aku nak balancekan 50-50 dan kalu boleh 10 buat graphic & 90 buat fotografi...tu kalu aku dah berkerja sendirilah. skang ni ada camera tapi tak tahu nak guna sgt rugi rasenya, macam ada kreta tapi tau kedepan keblakang je. 

Aku tengok bidang fotografi ni mmg boleh cari makan kalu kita tahu mcm mana nak cari peluang tu. ada jugak member2 aku yg stakat cukup2 makan je, tapi itu semua rezeki masing2 yg penting kita mesti ada plan, kita tahu apa kita buat, bersungguh2 dan yg paling penting jgn berputus asa. Pegang minat tu dan buat bersungguh2 insyaallah lambat cepat kejayaan tu pasti datang. Jadi aku dah NEKAD utk ke Photocamp 2 tu, NEKAD seterusnya utk aku beli D90, insyaallh nexyear awal tahun aku harap aku dpt D90 tu....hihihihi

8 comments:

corneamelayu said...

oit..apa kes submit form dediam ke??!!...aku baru je tunjuk web SN kat wife aku...insyaallah, kalau ada kekosongan lagi utk photocamp bln 2 nanti..aku join...

Ummu Abiha said...

bagusnya korang ni... ada future planning..
Hopefully korang success with flying colors... pastu leh terbang masa pelangi kuar... kikiki... pastu tangkap gambo sendiri...:)

liyana said...

hahaha..suke2...welcome to the club.. tp d80 dh stop pengeluaran die kat market..sbb skang promote d90..blajar rajin2 ye

Hidemichimomotani said...

Pergi PCSN dulu baru beli kamera ker?...pakai kamera pinjam ker?alolo....semoga berjaya.

Kalau lu gerak dulu...jgn lupa mamat kat btwh pun tgh mengembleng tenaga!

sob!sob!

hedgebeewhy said...

sebenarnya kamera aku xde hal pasal skang ni opis dah belikan aku canon 400D siap flash, wide angle & zoom lense skali. tapi D90 tetap dalam idaman kalbu..hhuhuhu

shanim said...

oi..oi..amboi berani gile type full name bos...agak2 la..cover2 la...huhuhuhu...ape2 selamat berjuang! (eh,ade kena mengena kah?..hahah)

apisz said...

angkat d300 much better..hehe..tp kalau minat video, ok gak lah..suke baca artikel NEKAD tu.. =)

hedgebeewhy said...

apisz : d300...mahal sgtlah, d90 tupun x tau bila boleh dpt. tgk blog ko...cantik2 pix, hobi or keje?

There was an error in this gadget

bg

My Blog List

HEDGEBEEWHY PHOTOGRAPHY

About Me

My photo
Aku adalah aku, hanyalah seorang hamba Allah yang sentiasa mengharapkan keredhaanNya. Sesungguhnya aku seorang hamba Allah yang banyak kekurangan dan aku sentiasa mencuba untuk mencari cahayaNya.

Followers

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget
There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

Visited