Friday, December 19, 2008

Cikgu Yang Jahat

Walaupun tajuk aku kali ini  seakan akan nama blog 'budak yang jahat' tu tapi sebenarnya tiada kene mengena sama sekali dgn mamat tu. Aku teringat kembali kisah aku 29 tahun dulu apabila si asnol bukak citer kisah skolah dia lunch tadi.

Masa tu aku standard 3, sekolah rendah gua musang kat kelate nu...aku ketua kelas, keje aku setiap hari "banguuunnn...selamat pagiii cikguu", Macamana aku boleh jadi ketua kelas??? Pasal masa tu aku yg paling hensem, hensem sikit dari abg poji...hehehe 

Tetiba pada suatu hari masuklah ke kelas seorang guru lelaki ni yang aku dah lupa subject apa yg dia ajar...almaklumlah dah 29 tahun lalu tapi jahatnya sampai la ni aku masih ingat..

Kelas kami kelas campur boys & girls, cikgu sambil duduk kat kerusinya beri arahan "Igak Hise bawok atah mejo ni!!" (tangkap Hisham bawak ke atas meja ni!

Sepantas kilat sorang pegang tangan kiri, sorang pegang tangan kanan, sorang pegang kaki kiri, sorang pegang kaki kanan diusung bawak dan di letakkan di atas meja guru dalam kelas tu. Lepas tu dtg lagi 2 org tukang ten..teng..tengggg, cuba teka apa dia buat.....keje 2 lakhnat ni bukak seluar mamat ni sampai tertanggal, terbogel bulat lepas tu barulah dilepaskan. menggagau mamat ni turun dari meja tu pegi pakai balik seluar dia. Pastu ramai2 pakat gelak...hahahaha

Itulah keje cikgu ni tiap kali subject dia. Mangsanya bertukar tukar tapi lelaki saje. Aku ingatkan aku sebagai ketua kelas kebal tapi tidak....Argghhhh tidak...  akupun diusung kemeja. Aku menggelupur, try terajang lakhnat2 tu...tapi tak berdaya, kaki tangan dah kena pegang. Aku rasa macam mangsa carnibal holocus, nak kena panggang & makan. 

Aduh...macamana ni malu kalu dibogelkan..maluuuu...oh tidak, aku jerit sekuat hati. sampai satu skolah boleh dengar. Akhirnya aku dilepaskan tanpa sempat dibogelkan. Yess....teruna aku tak terusik kalu tidak aku saman cikgu tu RM10,000,000. Biar sampai cucu cicit dia kena bayar. 

**Nasib baik bos kat tempat keje tak ada yg cenggitu, kalu tidak...wakakaka

4 comments:

the elf said...

weh, serious ke ni? citer fiction ke true story? kalau betul...arg!! tidak2..boleh repot polis ni dah dinamakan sexual abuse ni..lahanat nye cikgu!!! bukan setakat budak laki je trauma, budak pompuan lagi la trauma, tak pasal2 dpt tengok free show.chaissssssss!

hedgebeewhy said...

serious...betul, that was based on my true story.

liyana said...

betul ke ni terselamat?? wakaka =D

Hidemichimomotani said...

Ngeri siut!!! Tengoklah betapa dulu-dulu org tak berani ngan cikgu walau pun cikgu yg bapak jahat!
Antara sebab lain kerana Metro dan Kosmo cde lagi.

Jerit mcm mana nnt buat lakonan semula kalau jumpa!

There was an error in this gadget

bg

My Blog List

HEDGEBEEWHY PHOTOGRAPHY

About Me

My photo
Aku adalah aku, hanyalah seorang hamba Allah yang sentiasa mengharapkan keredhaanNya. Sesungguhnya aku seorang hamba Allah yang banyak kekurangan dan aku sentiasa mencuba untuk mencari cahayaNya.

Followers

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget
There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

Visited