Friday, August 28, 2009

BAD NEWS!!!


Walaupun Nurul berkerja di Kementerian Kesihatan tetapi hari ini (Rabu lepas) dia kurang kesihatan, memaksakan dirinya untuk 'mc'. Qis tersenyum lebar sehingga menampakkan gigi-giginya yang tidak tersusun itu. Kebetulan musim cuti sekolah jadi bolehlah dia duduk dirumah je sambil melayan masa terluangnya dengan psp....yang hanya diberi kebenaran oleh ibunya pada cuti sekolah sahaja. 

Kebiasaannya Nurul yang akan meng'iron'kan uniform kerjaku tetapi memandangkan dirinya yang tidak sihat jadi aku dengan relaku pujuk melalukannya sendiri...arghhh...small matter, bukannya tak biasa..., baju kurungnyapun pernah aku gosokkan, inikan baju sendiri. 

Sambil aku melayan gosokkan seterika, mataku merenung ke arah katil. Ku lihat Nurul berselimut sambil memeluk bantal peluknya yang empuk itu. Adana nyenyak kekenyangan susu yang baru dihisapnya selepas sahur kami tadi. Kiranya hujung bulan ini genaplah umur Adana 4 bulan. Wahhh!!! pejam celik pejam celik dah 2 orang anakku.

Qis terkebil-kebil sambil berbaring diatas katil sebelah ibunya. 

"Qis kalau tak mau tidor jom ikut papa turun bawah...papa pergi keja Qis doklah bawah tengok tv" 

"ok, tapi Qis nak main psp!"

Dua jam kemudian ketika aku dipejabat Nurul telah menelefon aku. Perkataan pertama yang disebutnya ialah " Sayang ada bad news!" Berderau jantungku...apakah lagi perkabaran yang buruk akan kuhadapi ini. Bermacam macam terkilas difikiranku. Aku teringat ibuku dikampung yang baru sahaja minggu lepas kami menjenguknya. Ayahku, baru sahaja beberapa hari lepas aku call. Anak-anakku macam semuanya under control tadi. Adik beradik, sedara mara, permohonan loan...argh apekebendanya ni.

"apa dia?" tanyaku dengan cemas
"Adana jatuh katil!" jawab nurul

Oh! tidak...macamana boleh berlaku sedangkan pergerakannya masih terbatas lebih-lebih lagi dia di apit antara kepala katil dan ibunya. Kami kehairanan macam mana dia boleh menggolekkan badannya sehingga 90ยบ sehingga terjatuh dan tersepit antara kaki katil dan side table. Alhamdulillah tak ada apa-apa tanda atau lebam dibadannya cuma tercalit sedikit kesan merah dikeningnya.

Setelah aku membuat post mortem Adana tidak jatuh terus dari atas katil ke lantai yang setinggi 2 kaki lebih itu kerana dia terjatuh dari tilam ke atas sisi permukaan kayu katil dulu dan baru tergolek dok kebawah katil. Dan mengikut kata ibunya mungkin Adana juga tersangkut pada wire lampu tidur yang menyebabkan lampu itu jatuh dan nasib baik tak terhempap ke atasnya.

Tak sangka apa yang terjadi pada kakaknya terjadi juga padanya. Dulu ketika Qis berumur sebegitupun pernah jatuh katil tapi lagi hebat. Qis tidur disebelah kiri aku dan sebelahnya tersusun rapat playpannya dan katil, disebelah kanan siapa lagi kalau bukan nurul. Tiba-tiba aku tersedar pagi itu dan Qis TIADA disisi aku. 

Melompat bangun aku dari katil mencari Qis. Tak mungkin Qis di....oh tidak! Nurulpun bangun tanpa ada mamai-mamai lagi. Kami dah macam nak nangis dah. Tapi tiba-tiba terdengar suara cute manja menyapa kami dicelah-celah katil dan playpan tu. Rupa-rupanya Qis sudah jatuh katil tapi dia tersepit berdiri dicelah itu, kakinya memijak lantai, kepala dan tangannya diparas katil. Bayangkanlah....renung-renungkan dan selamat beramal!



4 comments:

school of thoughts said...

gila la... sangat cemas!!! Saya pun pernah mengalaminya!

Hidemichi said...

masih misteri mcm mana Adana bleh jatuh..
Fahim sekali jatuh katil sampai skrg kami tidur kat bawah!

hedgebeewhy said...

sot
memang gila, memang cemas. buat kami lebih berhati2 lepasni.

hidemichi
mmg misteri yg x terungkai, kalu ada cctv boleh tgk semula. Fahim pun pernah? kesian...aku rasa mmg semua baby akan alaminya...baru cukup syarat utk jadi baby...heheheh

Lynnesapuan said...

Nurul pernah jatuh katil 4 kali masa dia diantara 4 - 9 bulan. jgn sampai terhentak bhgn belakang kepala dia dah le.

There was an error in this gadget

bg

My Blog List

HEDGEBEEWHY PHOTOGRAPHY

About Me

My photo
Aku adalah aku, hanyalah seorang hamba Allah yang sentiasa mengharapkan keredhaanNya. Sesungguhnya aku seorang hamba Allah yang banyak kekurangan dan aku sentiasa mencuba untuk mencari cahayaNya.

Followers

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget
There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

Visited