Monday, May 18, 2009

Pre Wedding Epit & U'U'

Ahad lepas aku bersama adikku azmil dan Effa (adik iparku isterinya Azmil) telah tepat terpacak jam 8.30 pagi di Presint 2, Putrajaya. Kami ada tugas iaitu shooting pre wedding Epit & U'U'. Lokasi pertama kami di depan Istana Kehakiman. Sempat ambik beberapa shot kat sini. Pojiepun turut join sama. Kiranya 3 photographer untuk satu couple ni. Cuaca agak cantik tapi panas pagi dah mula memancar mancar.

Habis kat situ terus kami pergi ke Tasik sebelah Masjid Putrajaya. Kat sini tekak dah mula kering. Masing masing tak bawak bekal air kononya kalis dahaga. Habis shooting kat sini terus kami ke Taman Botani tapi sebelum situ kami singgah beli air dulu kat Petronas...kering tekak siottt! Pojie tak join kami ke Botani pasal dia kena hantar anaknya ke kelas renang. (Bagus biar anak pandai renang walaupun ayahnya sendiri tak pandai macam aku).

Di Botani aku suka, macam macam benda kami boleh buat kat sini. Lebih kurang jam 1 tengahari barulah selesai tugas kami. Tapi yang kesiannya U'U' hampir pitam kepenatan. Diorang memang best dan sangat sporting macam sporting lisbon. Diorang ni plan nak melangsungkan majlis perkahwinannya pada hujung tahun ni.

























12 comments:

school of thoughts said...

org zaman sekrang suka amik pre wedding... tak macam dulu, malu2... siap dah leh dukung2... heheheh... nasib baik aku masih waras masa tu... kot tak, aku amik gambar aku dukung Naza! pastu kene pelangkung dgn makcik2 aku!! sedangkan amik gambar berdua atas kerusi dgn jas and zul pun mak dia dah berkata2... huhuhu...

liyana said...

sy suke design 7 dr last..n gmbr ngan payung tu pon cantek wane nyer.

thumbs up!

mummymika said...

wahwahwahhh...ni kira first client photo republic la ye. shot yg lawoo.. berbaloi la dgn ribuan ringgit yg telah dilaburkan. Boleh la lawan candidsyndrome pasni!

r.i.f.h.a.n said...

berapa yer kalo pakej mcm ni???

Hidemichi said...

Wah...first job!tahniah...kalau ada shooting kat area penang nnt aku sponsor air asam.

hedgebeewhy said...

sot
sebenarnya adik aku yg direct adegan dukung mendukung ni.

liyana
ye ke...tq

mmmmika
keputusannya photo repulic 10, candid syndrome 0...hahahaha.

rifhan
murah je...harga promosi.

hidemichi
sponsor air asam, sedap ke air asam tu?

eCaH puNyEr..!! said...

pasnie leh amek pic pre wedding tok ecah lak,hikhik...

joe said...

bro, nice shot..mana dpt payung tu..lawa beb

oneampang said...

wah dah teror ambik gambar dah, boleh lah ambil gambar aku pulak kali ni dalam bilik air, sedang mandi & basuh kain (sebab wash machine ROSAK)...keh..keh...

arghzernol said...

aku visitor ke 001999...
isk! isk!... menarik!.. aku akan promote kat opis wife aku...
bila bole sign aggrement...

corneamelayu said...

promote jgn x promote....welcome to the new republic!!!

hedgebeewhy said...

ecah
boleh cakap je bila...team kami akan turun punye.

joe
hooo...itu payung adik ipar aku punye. Ko amcam skang?

oneampang
bayar je kat manapun aku pi...ada bran?

arghzernol
ok, aggrement aku dah suruh yuzle pos ke umah ko, dah sampai ke lum?

corneamelayu
yezzz...go republic go!....

There was an error in this gadget

bg

My Blog List

HEDGEBEEWHY PHOTOGRAPHY

About Me

My photo
Aku adalah aku, hanyalah seorang hamba Allah yang sentiasa mengharapkan keredhaanNya. Sesungguhnya aku seorang hamba Allah yang banyak kekurangan dan aku sentiasa mencuba untuk mencari cahayaNya.

Followers

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget
There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

Visited