Thursday, September 3, 2009

Masih jelas...

Sejak bulan puasa ini aku tidak kelihatan lagi kelibatnya. Entah bila entah kali terakhir aku bertemu dengannya, bertawa dengannya berkerja dengannya pun aku tak ingat. Cuma yang jelas aku ingat, masih ada kerjanya yang masih belum aku selesaikan.

SM... bukanlah sahabat karibku...yang boleh selalu pekena teh tarik setiap petang ataupun mungkin makan bersama setiap lunch hour tetapi beliau bagiku adalah sahabat yang sangat aku gemari dengan cerita-ceritanya, jenakanya dan gelak tawanya. Ada saja ceritanya yang selalu endingnya boleh menaikkan perasaan puashati aku. Aku suka mendengar bila dia mula bercerita tentang kerjanya yang amat tegas dan yakin dengan tindakan yang dilakukannya. 

Pernah suatu ketika dulu aku menaiki lrt dan terlihat seorang suspek yang mencurigakan aku lantas setibanya di kl sentral terus saja aku melaporkan kepadanya tentang suspek pick pocket tersebut, sepantas kilat beliau sendiri pergi mencekup dan menyoalnya. Sehingga menggigil-gigil suspek tersebut dibuatnya, malangnya aku tersilap orang. Mulai hari itu beliau menggelarkan aku 'source' yang tak boleh pakai. Kami pecah perut bila beliau menceritakan kembali bagaimana suspek malang itu menggigil ketakutan. Sehingga kini aku takkan melupainya. Dan sememangnya ada suspek lain sebenarnya didalam lrt itu kerana isteriku telah kecurian hpnya pada hari tersebut.

Sungguh banyak kenangan bersamanya yang boleh membuatkan airmataku mengalir dengan sendirinya jika aku memikirkannya. 

SM...masih jelas aku terbayangkan raut wajahmu, masih jelas aku kedengaran suara lantangmu, masih jelas aku terkilas langkah-langkah kakimu dan masih jelas aku terkenangkan cerita-ceritamu. Seolah esok masih ada namun hakikatnya tiada lagi kidungmu.

Kau pergi bertemu denganNya di bulan yang sungguh mulia ini. Aku doakan semoga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Amin.

8 comments:

liyana said...

sy sempat kenal SM... xsangka cepat panggilan illahi.. Moga roh SM dicucuri rahmat & di tempat dikalangan org yg terpuji sbb jasa SM byk sekali...amin

Ummu Abiha said...

Again, a sad entry..:(

school of thoughts said...

OMG. Yours like sedih bila baca... Sila baca entry yang sama di blogku..

Anonymous said...

Saya sangat terkilan bila pada 2 Sept dapat tau yg SM di CCU, dah ada urge to visit but looking at the visiting hours between 18:00 to 20:00 tak jadi sebab maklumlah puasa nak kena beli juadah berbuka for family and thinking of going on d 3rd since all in d family will have own program.......but Allah have taken him yesterday.....Kita yang masih hidup harap dapat menyedekahkan fatihah setiap lepas solat bila kita terkenangkan dia.....Tapi SEMASA had sent him to perform UMRAH in 2007? Alhamdulillah

golden girls said...

Tak sangka SM pergi dalam sekelip mata....Baru terlintas di hati nak p jenguk dia kat IJN, tapi tak sempat rupanya....
Alfatihah...

hedgebeewhy said...

liyana
mmg byk jasa sm...samalah kita doakan utknya.

abiha
yup.

sot
dah baca...sedih!

anonymous
sypun terkilan tak taupun dia sakit. Ya, saya masih teringat lagi dia menceritakan pengalamannya di kota suci mekah.

gg
Alfatihah...

Lynnesapuan said...

I personally feel the lost and sy rasa ramai di Semasa yg amat terasa kehilangan SM. Tak berenti sy nangis ms ziarah dia di masjid hari khamis lalu. Sayu tengok anak bongsu yg duduk di hujung kaki dia tak henti nangis dan isteri dia yg kerap mendakap & mencium kain pelekat di tangan dia. Sy masih ingat SM sering cerita mengenai ank arwah yg No 3 - dia panggil 'tembun'. Masa sebelum balik, sy sempat jumpa anak dia tu & cakap "Abah byk cerita dgn auntie pasal awak. Dia kata awak pandai masak & jaga rumah. Abah sayang awak tau. Dia selalu sgt cerita dengan aunty pasal awak. Awak jglah diri baik2, belajar pandai2 supaya dpt kerja bagus nanti boleh jaga mak, jaga tingkah laku - jgn buat benda2 yg tak elok, bykkan baca Quran untuk abah, mesti abah seronok awak sedekah yasin kat dia. Kalau awak perlu apa2 suruh mak telefon aunty ok. aunty akan tolong apa2 yg aunty mampu"... Nangis dia sambil memeluk sy.
Personally I lost a friend who always share jokes, problems, updates about almost everything with me. Al-Fatihah.

hedgebeewhy said...

lynne
sungguh sayu. sayapun tak tertahan airmata masa tu. kalau xsilap kain yg isteri arwah cium tu adalah kemeja fav arwah.

There was an error in this gadget

bg

My Blog List

HEDGEBEEWHY PHOTOGRAPHY

About Me

My photo
Aku adalah aku, hanyalah seorang hamba Allah yang sentiasa mengharapkan keredhaanNya. Sesungguhnya aku seorang hamba Allah yang banyak kekurangan dan aku sentiasa mencuba untuk mencari cahayaNya.

Followers

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget
There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

Visited