Friday, May 1, 2009

Syukur Padamu Allah

Makan dulu puas puas sebelum masuk labour room, lepas ni dah kena pantang.


Sedang menunggu untuk dipanggil ke labour room.


Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi kerana telah meminjamkan lagi kepadaku seorang puteri ciptaanNya. Kami amat bersyukur dengan kehadiran cahaya mata baru ini. Almaklumlah sesudah tujuh tahun penantian akhirnya termakbul juga permintaan kami.

Qis gembira tak terkata sehingga tergedik-gedik...dah jadi kakak! Nurul dan baby ok, sihat-sihat saja. Satu pengalaman yang amat menakjubkan bagiku adalah saat ketika melihat keluarnya satu nyawa dari badan isteriku walaupun saat ketika melahirkan Qis dulupun aku ada disisi Nurul tapi yang ini berlainan sikit.

Nurul bersalin di Hospital Pakar An Nur, Bandar Baru Bangi. Ofcozlah doctor dan misi2nyapun perempuan. Aku telah diofer oleh doktor untuk merakam saat2 kelahiran itu. Pada mulanya terdetik dibenak fikiranku...takkan nak rekod kot. Tapi doctor cakap jangan risau, auratnya doctor akan tutup, yang nampak kepala baby je akan terkeluar nanti. Aku rekod dan memang amat menakjubkan bila kami tengok semula clip tersebut. Satu lagi doctor suruh aku potong sendiri tali pusatnya. Katanya next time aku pulak sambut baby tu...huh!

Baby kami seberat 2.9kg, kurang 0.3kg dari kakaknya. Lahir pada 30 April 2009, jam 4.57 petang. Aku azan dan qomatkannya...diam dan merenung tepat kemataku ketika azan dibisikkan ketelinganya.

Kami telah memilih nama yang belum atau jarang digunakan lagi. Itupun last minit baru kami dapat. Namanya ialah Adana Hezri, maknanya...nama syurga. Syurga kedua selepas Firdaus. Aku tak suka nama panjang panjang pasal nanti kalau panggilpun dua sukukata je. Buat penat nak tulis kat cover buku sekolahnya dan nak isi borang kerja nanti...hehehe. Macam nama aku walaupun dah pendek ada juga orang panggil aku Hez je. Tapi aku taklah kesah pasal Hez pun best gak.



Wajah Adana ketika berumur 15 minit.





Saat pertama melihat wajah mamanya.


16 comments:

dcrysz said...

Indah kejadian yg Tuhan berikan kepada kita yg bernama manusia...

jagalah amanah itu sabaik mungkin....

tahniah!!!! Comel baby tu.....

Peri Ungu said...

Adana. short and sweet! comel. Bittersweet lah kan? she was born on the HMA last day. Adana insist on becoming an April Baby ni..hihihih..cant wait to meet her. Kirim salam Nurul and Qis jugak.

p/s: peter salah calculation lah..muahahahahaha

CorneaMelayu said...

hahaha...first skali aku nak ucap tahniah pd famili kau...2nd aku nak cakap...PADAN MUKA KAU PETER!!..KAU INGAT KAU SIAPA, PETER!!

eCaH puNyEr..!! said...

tahniah!!! cute baby 2...

donut said...

tahniah!!! dpt baby baru yg comei.pas ni baby boy lak yer? hehehe..wat kwn papa ia lak! kem slm kt bunge, de jodoh nnt ktorg terjah ke sna ek?

liyana said...

adana chumel amat.. Tahniah abg hezri!

hedgebeewhy said...

dcrysz
thank you, insyaallah akan kami jagai amanahnya sebaik mungkin.

Peri Nandos
Sedih kepergiaan HMA, gembira kelahiran Adana.

Cornea
Peter dah jadi Peter Pan...hashahah

hanyeku
thankiu...kiut macam papanya...hihihi

donut
Insyaallah next yearlak baby boy...muahahahah

liyana
Terima kasih...Adana kim salam semua.

ciksugallery said...

Tahniah Hezri. Akhirnya termakbul doa kau. Kirim salam pada nurul. Seronok tengok orang dapat baby.

Aida Nurni said...

abg... baru ku berpeluang untuk melihat wajah sekecil mu... chomel. mcm nurul rasanya.tapi nanti dia akan berubah... pasni ko akan kembali menukar lampin dan basuh berak!!! yihaaaaaaaaa!! pasni, kita beranak lelaki plak...

Ummu Abiha said...

tahniah bro.. :)
Adana, welcome to the real WORLD.. hehehe

oneampang said...

Wah bestnya dapat ANAK lagi, rajin2 lah ambil gambar anak setiap bulan utk tatapan kami ya...

Farrah Shafie said...

nICE NAME.... VERY SWEET... WELCOME ADANA, SEMOGA DIRAHMATI ALLAH HENDAKNYA.... BE A GOOD GURL....CAYOKK...

farrah de' cute said...

nice name..... ADANA so cute, be a good gurl and make us proud of you baby....sEND REGARDS TO BUNGE..... SUNYI OFIS TANPA BUNGE....

and PETER... PIRAHHHHH .....

aYu MaCCa said...

abg hez..tahniah.
aku pon teringin.. (^_^)

Anonymous said...

aku setuju nama pendek2 ni...kang panjang2 susah pulak malaikat nak sebut masa nak masuk syurga nnt!hekhek.

Cakap pasal Peter...sampai sudah dia taknak layan aku. Nampak sgt dia tahu aku tak percaya benda2 tahyul nih!

hedgebeewhy said...

terima kasih kepada semua.
kepada hidemichi, peter tu layan gurl je. cuba masa ko main tu ko pakai baju kurung...hehehe

bg

My Blog List

HEDGEBEEWHY PHOTOGRAPHY


About Me

My photo
Aku adalah aku, hanyalah seorang hamba Allah yang sentiasa mengharapkan keredhaanNya. Sesungguhnya aku seorang hamba Allah yang banyak kekurangan dan aku sentiasa mencuba untuk mencari cahayaNya.

Followers

Visited