Friday, May 8, 2009

Suka dan Duka

Adana nyenyak dibuai mimpi.


Adik aku dan anaknya Farisha Hanim, 
antara yang datang melawat aku di Annur.


Kak Long dan anaknya Baizura turut sama melawat aku.



Adik aku Azmil bersama isterinya Effa. 
Sedang berusaha gigih untuk menimang cahaya mata pertama mereka.


Sempena kelahiran puteri keduaku Adana, aku telah memohon cuti terus minggu ni. Isnin depan baru aku masuk kerja. Sepanjang percutianku iaitu 11 hari 10 malam macam macam telah berlaku. Ada yang aku suka dan ada yang aku duka. Kepenatan usah dicerita. Walaupun cuti subuh subuh aku dah keluar rumah menuju ke Putrajaya hantar Qistina bersekolah. Balik rumah sambung jadi bibik pulak kemas rumah cuci pinggan mangkuk, basuh kain, beli lauk. Tengahari hantar Adana ke hospital, kenape? nanti aku ceritakan. Petang pergi semula ke Putrajaya jemput Qis balik sekolah, malam kemas dapur lak. Waduhhhh!...penatnya aku saja yang tahu...seluruh urat urat aku macam dah nak putus putus dah rasanya. Tetapi segala kepenatan aku hilang bila tengok wajah Adana. Nasib baik mak aku ada. Dialah yang banyak membantu kami, kalau tidak makan minum kami mesti tak terurus. Thank you mom!


Aku nak bercerita kisah duka dulu. Kisahnya begini...pada suatu hari.....


Afundi Masuk HMA

Aku amat terkilan kerana dihari kelahiran Adana adalah hari terakhir big boss, Hussin Mohd Ali. Kalau kebiasaannya farewell party pasti aku yang mengambil gambar tapi kali ini aku tidak dapat turut sama meraikan hari terakhirnya. Hampir 9 tahun sudah aku berkerja dengannya. Selama itu aku tiada masalah dengannya, bagiku HMA seorang boss yang sungguh sporting dan cool. Kalau boleh Afundi Masuk pasti aku afundi pukal untuknya. Apapapun kerja mesti terus, boss barupun setahu aku cool jugak. 

Aku kemalangan

Kelmarin, lebih kurang jam 6.30 petang aku kemalangan. Aku baru jemput Qis balik sekolah di Presint 9. Aku terus menuju ke Bangi nak ambil mak pula pasal on the way ke Putrajaya aku drop off mak aku di Warta Bangi. Setiba aku di trafik light di bulatan Salehudin, bulatan besar Putrajaya tu. Aku telah dilanggar dari belakang oleh sebuah motosikal Yamaha Ego. Waktu tu aku dah stop, tetiba aku terdengar dentuman kuat kat belakang kereta aku. Sekilas itu juga aku dan Qis nampak 2 orang tercampak 10 meter lebih depan kereta aku. Kami tergamam seketika. Diorang ni suami isteri, yang aku amat sedih sangat wifenya pregnant 6 bulan jatuh terseret oleh motornya. 

Dipendekkan cerita, Alhamdulillah kandungannya selamat tapi pahanya patah manakala suaminya pula patah bahu dan kaki. Kereta aku kemek belakang sebelah kiri, lampu pecah, side mirror kiri pecah dan spoiler tertanggal. Aku kesal apa yang terjadi kat diorang.

Inilah rupa motor yang melanggar aku dari belakang tu. 
Remuk habis.


Kereta Koreaku sudah buta sebelah mata. Aduhai...


Adana Kena Kuning

Hari Jumaat lepas Nurul dan Adana sudah discharge. Tetapi keesokan harinya aku terpaksa bawa semula Adana ke Annur, kami suspek dia demam dan kena kuning. Bila tuan doktor cek, dan ambil darahnya, kuning masih diparas normal tapi suhu badannya 37.2, ada sikit demam.

Pada 4 may hari isnin lepas appoinment Adana dgn doktor, kami bawa lagi Adana ke Annur. lagi sekali Adana kena cucuk ambil darah. Kalau semalam Adana langsung tak menangis bila kena cucuk cuma bunyi...erkk je tapi berbeza kali ini. Dia meraung kesakitan. Kesian plak aku tengok. Doktor kata kuningnya makin naik, esok kena datang lagi ambil darah.

Kami bawa lagi ke Annur, ambil darah lagi, nangis lagi, kena datang lagi esok. Aku tanya tak boleh ke terus masuk incubator, doktor cakap belum tahapnya lagi.

Dek kerana aku tak sampai hati tengok Adana kena cucuk tiap tiap hari jadi kami ambil keputusan untuk tidak menghantarkannya lagi ke hospital. Kami berubat cara kampung dan banyak bagi breast feeding.


Adana dijemur didepan rumah. Kesian dia...


Sekarang aku nak bercerita kisah kisah suka pula...


Ada Adana

Sejak kewujudannya hidup aku bertambah seronok walaupun penat. Buat masa ni aktiviti Adana lebih pada tidur. Sesekali kami gerak gerakannya supaya bangun. Asal terjaga je nak susu. Nasib baik Qis dah besar, boleh la jugak suruh suruh dia tolong tolong kami.

Impian Tercapai Jua

Lama sudah aku menunggu untuk memilikinya sendiri. Akhirnya dapat juga aku membeli DSLR Canon 50D, lens 70-200mm f2.8 dan speedlite 580exII. Lepas ni sesiapa yang nak kahwin sudi sudilah mengupah aku sebagai official photographer. Insyaallah aku akan bagi best price dan best result.


Aku dengan senjata terbaru aku yang kuidam idamkan selama ini!


Dibawah ni antara beberapa keping gambar yang aku shoot menggunakan kamera yang dalam gambar kat atas tu. 

Adik aku Faizal, datang rumah aku, disuruh mak goreng mee. 
Mee gorengnya memang sedap!




Wajah mak aku yang kepenatan.








Qis first time dukung adiknya. 




8 comments:

dcrysz said...

Segala yg duka ada hikmahnya...
Kerana ada gembira disebaliknya...

Sabar menghadapi dugaanNYA...
Maka semakin indah perjalanan idup kita dimuka bumi ini....
Percayalah....

Misz Reef said...

TAHNIAH atas baby baru!!! =)

CorneaMelayu said...

arghhhh...kacau jiwa gua...!!!!....x bleh tahan tgk hasil 70-200 tu.....!!!!.....duit!!!...duit!!!!....

donut said...

Jumaat lps ktorg dr KKM, jenguk c bunge n Adana, tp cameraman xde kat umah, klu x leh amik foto2 kami yg cantik ni kn?Semapt jugalah tgk kereta yg dh buta sblh mata 2! Ni sume dugaan Nya.Dia duga ngn keadaan suka n duka. Cewah,pandai ckp je.k daaaa...

Anonymous said...

Memula nak ucap tahniah dan syukur untuk kelahiran anak kedua kamu... Maaf lambat nak wish, dah lama tak jenguk blog.

Kali ni pun aku tgk panjang cerita tapi aku berjaya khatamkan...hehe.

Tahniah juga dengan pembelian kamera hebat kamu... harap aku pun ada rezeki mcm kamu.

Harap Adana cepat sembuh dari demam kuning. Tentu sonok Qis dapat adik.

Kalau boleh aku nak ucap takziah pada pasangan suami isteri yang eksiden dgn kamu tu... Aku pun tak bleh nak bayangkanh kalau aku di tempat kamu.

Takziah jugak buat kamu sebab padanlah dengan muka engkau aku pun bagi komen panjang2...sila khatam!hahaha.

Aida Nurni said...

abg punya adik yang nama faizal ni dah kawin ke? kacak la beliau.. hahaha... sebenarnya aku nak cakap yang ko amik gambar mmg cantik. buatla portfolio, nanti leh aku war-warkan. mcmana nurul berpantang? ok kah?

mrsopee said...

woi..tahniah..huhuhu..
baby girl lagi kan...bagusla..
cepat buleh menantu...

Sofea said...

wahh masyukk..

bg

My Blog List

HEDGEBEEWHY PHOTOGRAPHY


About Me

My photo
Aku adalah aku, hanyalah seorang hamba Allah yang sentiasa mengharapkan keredhaanNya. Sesungguhnya aku seorang hamba Allah yang banyak kekurangan dan aku sentiasa mencuba untuk mencari cahayaNya.

Followers

Visited