Thursday, November 12, 2009

Kuchie-kuchie chak!!!

Chak chak chakkkkkk!!!

Dah 6 bulan, kuat makan dan suka tido kat port baru....bilik bawah, nyenyak tanpa gangguan. Sebelum ni tido kat living hall, jap2 bangun. Pantang nampak org makan...mulut mula mengecap dan buat muka simpati...dgn harapan org suap sikit. Dah pandai gerakkan walker kedepan tapi masih belum pandai mengisut...(betul ke mengisut?). Bila nak tido dia dodoikan diri sendiri.
oh ya! yang paling best perkataan pertama dari mulutnya....PAPA....APPAA...sambil merenung mata kearah papanya. Yesssss!

Monday, November 2, 2009

The Mysterious Tree

 

Dibawah pokok ini ada kuburan dan punyai begitu banyak sekali dahannya dimana setiap dahannya seperti ada tiang yang menongkatnya. Ketika kami menyenep gambarnya, gambar over expose walaupun settingnya biasa2 saja. Tiba2 kamera kami terus jam gitu. Tiba2 juga bulu roma si amer naik satu badan. Namun kami teruskan jugak menyenepnya sehingga terhasil gambarnya. Syukur tiada apa2.

Monday, October 12, 2009

Cukur Botak











Acara membotakkan kepala Adana telah berlangsung dengan jayanya. Sudah 5 bulan lebeh umurnya baru aku bersedia untuk mencukurnya. Pencukurnya adalah Amer dibantu oleh isterinya. Aku dan Nurul tukang tengok je..heheh. Orang kata elok cukur sampai 7 kali nanti anak jadi pandai...betul ke? Patutla aku kurang pandai...tak cukup 7 kali. Kalu sekarang cukur kasi 7 kali boleh jadi pandai tak? Tetiba terbayang wajah Mazli & Pakcu...memang bijak!

Thursday, September 3, 2009

Masih jelas...

Sejak bulan puasa ini aku tidak kelihatan lagi kelibatnya. Entah bila entah kali terakhir aku bertemu dengannya, bertawa dengannya berkerja dengannya pun aku tak ingat. Cuma yang jelas aku ingat, masih ada kerjanya yang masih belum aku selesaikan.

SM... bukanlah sahabat karibku...yang boleh selalu pekena teh tarik setiap petang ataupun mungkin makan bersama setiap lunch hour tetapi beliau bagiku adalah sahabat yang sangat aku gemari dengan cerita-ceritanya, jenakanya dan gelak tawanya. Ada saja ceritanya yang selalu endingnya boleh menaikkan perasaan puashati aku. Aku suka mendengar bila dia mula bercerita tentang kerjanya yang amat tegas dan yakin dengan tindakan yang dilakukannya. 

Pernah suatu ketika dulu aku menaiki lrt dan terlihat seorang suspek yang mencurigakan aku lantas setibanya di kl sentral terus saja aku melaporkan kepadanya tentang suspek pick pocket tersebut, sepantas kilat beliau sendiri pergi mencekup dan menyoalnya. Sehingga menggigil-gigil suspek tersebut dibuatnya, malangnya aku tersilap orang. Mulai hari itu beliau menggelarkan aku 'source' yang tak boleh pakai. Kami pecah perut bila beliau menceritakan kembali bagaimana suspek malang itu menggigil ketakutan. Sehingga kini aku takkan melupainya. Dan sememangnya ada suspek lain sebenarnya didalam lrt itu kerana isteriku telah kecurian hpnya pada hari tersebut.

Sungguh banyak kenangan bersamanya yang boleh membuatkan airmataku mengalir dengan sendirinya jika aku memikirkannya. 

SM...masih jelas aku terbayangkan raut wajahmu, masih jelas aku kedengaran suara lantangmu, masih jelas aku terkilas langkah-langkah kakimu dan masih jelas aku terkenangkan cerita-ceritamu. Seolah esok masih ada namun hakikatnya tiada lagi kidungmu.

Kau pergi bertemu denganNya di bulan yang sungguh mulia ini. Aku doakan semoga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Amin.

Friday, August 28, 2009

BAD NEWS!!!


Walaupun Nurul berkerja di Kementerian Kesihatan tetapi hari ini (Rabu lepas) dia kurang kesihatan, memaksakan dirinya untuk 'mc'. Qis tersenyum lebar sehingga menampakkan gigi-giginya yang tidak tersusun itu. Kebetulan musim cuti sekolah jadi bolehlah dia duduk dirumah je sambil melayan masa terluangnya dengan psp....yang hanya diberi kebenaran oleh ibunya pada cuti sekolah sahaja. 

Kebiasaannya Nurul yang akan meng'iron'kan uniform kerjaku tetapi memandangkan dirinya yang tidak sihat jadi aku dengan relaku pujuk melalukannya sendiri...arghhh...small matter, bukannya tak biasa..., baju kurungnyapun pernah aku gosokkan, inikan baju sendiri. 

Sambil aku melayan gosokkan seterika, mataku merenung ke arah katil. Ku lihat Nurul berselimut sambil memeluk bantal peluknya yang empuk itu. Adana nyenyak kekenyangan susu yang baru dihisapnya selepas sahur kami tadi. Kiranya hujung bulan ini genaplah umur Adana 4 bulan. Wahhh!!! pejam celik pejam celik dah 2 orang anakku.

Qis terkebil-kebil sambil berbaring diatas katil sebelah ibunya. 

"Qis kalau tak mau tidor jom ikut papa turun bawah...papa pergi keja Qis doklah bawah tengok tv" 

"ok, tapi Qis nak main psp!"

Dua jam kemudian ketika aku dipejabat Nurul telah menelefon aku. Perkataan pertama yang disebutnya ialah " Sayang ada bad news!" Berderau jantungku...apakah lagi perkabaran yang buruk akan kuhadapi ini. Bermacam macam terkilas difikiranku. Aku teringat ibuku dikampung yang baru sahaja minggu lepas kami menjenguknya. Ayahku, baru sahaja beberapa hari lepas aku call. Anak-anakku macam semuanya under control tadi. Adik beradik, sedara mara, permohonan loan...argh apekebendanya ni.

"apa dia?" tanyaku dengan cemas
"Adana jatuh katil!" jawab nurul

Oh! tidak...macamana boleh berlaku sedangkan pergerakannya masih terbatas lebih-lebih lagi dia di apit antara kepala katil dan ibunya. Kami kehairanan macam mana dia boleh menggolekkan badannya sehingga 90ยบ sehingga terjatuh dan tersepit antara kaki katil dan side table. Alhamdulillah tak ada apa-apa tanda atau lebam dibadannya cuma tercalit sedikit kesan merah dikeningnya.

Setelah aku membuat post mortem Adana tidak jatuh terus dari atas katil ke lantai yang setinggi 2 kaki lebih itu kerana dia terjatuh dari tilam ke atas sisi permukaan kayu katil dulu dan baru tergolek dok kebawah katil. Dan mengikut kata ibunya mungkin Adana juga tersangkut pada wire lampu tidur yang menyebabkan lampu itu jatuh dan nasib baik tak terhempap ke atasnya.

Tak sangka apa yang terjadi pada kakaknya terjadi juga padanya. Dulu ketika Qis berumur sebegitupun pernah jatuh katil tapi lagi hebat. Qis tidur disebelah kiri aku dan sebelahnya tersusun rapat playpannya dan katil, disebelah kanan siapa lagi kalau bukan nurul. Tiba-tiba aku tersedar pagi itu dan Qis TIADA disisi aku. 

Melompat bangun aku dari katil mencari Qis. Tak mungkin Qis di....oh tidak! Nurulpun bangun tanpa ada mamai-mamai lagi. Kami dah macam nak nangis dah. Tapi tiba-tiba terdengar suara cute manja menyapa kami dicelah-celah katil dan playpan tu. Rupa-rupanya Qis sudah jatuh katil tapi dia tersepit berdiri dicelah itu, kakinya memijak lantai, kepala dan tangannya diparas katil. Bayangkanlah....renung-renungkan dan selamat beramal!



Sunday, July 12, 2009

Pelancaran Blog Baru!!!


Please click here to view this blog.

Assalamualaikum

Dengan besar hatinya saya ingin menwar-warkan kepada anda semua blog baru saya iaitu "hedgebeewhy photography". Blog ini ditubuhkan oleh kerana saya lihat bidang photography ini adalah satu bidang yang amat menarik sekali untuk dipelajari dan didalami...(ayatttt). Semakin hari semakin cinta saya padanya...hahahah. Oleh itu untuk melampiaskan kerinduan saya kepadanya saya bina blog ini agar hari-hari saya boleh berbicara dengannya. Jadi kalau anda berminat untuk melihat buah hati baru saya ini silalah klik disini.

Wassalam.

Thursday, June 25, 2009

Chakkk!!!

Melihat akan wajah anak hilang segala masalah, tension dan stress. Lebih-lebih lagi kalau anak yang masih digelar baby ni. Inilah saat-saat yang ditunggu-tunggu oleh aku untuk boleh bermain-main dengannya. Kalu sebelum ni buatlah muka macamana kelakar sekalipun tapi dia pandang tanpa ada apa-apa perasaan pastu jeling ke tempat lain. huhh!...sombongnyeee.

Tetapi sekarang ni dah mula kurang sombongnya tu. Dah ada respon sikit. Cuma bunyi ketawa tu masih belum kedengaran lagi. Takpe, mungkin seminggu dua lagi kot.

Saturday, June 20, 2009

Hari Selebriti Bersama Aku


Aku & Hasnuddin


Aku & Wong Wai Hoong


Aku & Malek Nor

huhhh...aku rase lately ni aku sungguh glamor...ada je celebrity nak bergambo dgn aku. Walaupun aku ni taklah suka sangat bergambo tapi demi untuk tidak menghampakan diorg...aku on aje.

Minggu lepas aku bergambo dgn pengasas adanfoto iaitu En Hasnuddin. Sebenarnya aku attend course dia di shah village hotel berhampiran amcorp mall, course event photography. Kelasnya satu hari je. Banyak jugak la ilmu photography yang aku dapat darinya. Course ini hanya fokus macam mana nak ambik gambar2 event seperti seminar, launching, makan malam dan yang sama waktu dengannya.

Minggu ni plak aku bergambo dengan pemegang rekod baru Guinness Malaysian Record, "48 hours Cycling Marathon" iaitu Wong Wai Hoong. Aku kena cover event ni di sooka sentral. Sempatlah aku mempraktikkan apa yang aku belajar dari adanfoto tu.

Lepas tu plak aku bergambo plak lagi dengan Juara Mr Asia sebanyak...tak ingat berape kali iaitu Malek Nor, pun di sooka sentral. Malek ni kelakar orangnya, badan dia dah tak seindah dahulu...boroi. Aku rase sungguh bertuah dapat bergambar berduaan bersebelah-belahan dengan mereka itu.

Sunday, June 14, 2009

Orang Duit

Inilah muka muka yang menjaga duit di BSD. Tanpa mereka pincanglah syarikat tapi kalu tanpa syarikat goncanglah mereka. Jadi antara mereka sama sama penting. Gambar ni diambil bukan tujuan suka suka tapi atas permintaan pioneer kat situ, incik asnol. Dia mintak aku buat kad pasal haritu adalah hari terakhir budak budak praktikal iaitu eddy, wawa dan liza tapi last day liza 30 jun nanti. Diorang buat farewell party untuk 3 orang tu. Makan pizza hut tuuuu...dah lama aku tak makan pizza sejak aku memboikot product yahudi ni tapi oleh kerana orrrangggg belanje ... jadi aku makan dan makan.

Sunday, May 31, 2009

Sepetang Bersama Model Ais Krim

Qistina bersama sepupu sepupunya telah menjadi model paksaan aku dan Azmer. Lokasi shooting kami adalah belakang kawasan taman perumahan aku. Sebagai upahnya kami belanja aiskrim satu seorang tetapi oleh kerana penatnya sangat, mereka tak nak aiskrim tapi masing masing mintak 100 plus....dahaga!



Sunday, May 24, 2009

Oh Adana!

Semakin hari semakin bulat, apa tidaknya asal terjaga je nak susu dan bila dah kenyang pulak sambung balik tidur. Itulah aktiviti harian Adana hinggakan Qis boleh cakap "Bestnya jadi Adana tak payah pegi sekolah, dok rumah je!"

Kuning Adana dah semakin baik cuma tang matanya masih ada kekuning-kuningannya. Menurut kata doktor tanda tanda kuning tu memang lambat sikit nak hilang walaupun kuningnya sudah beransur baik.

Kalau dulu tidur malamku memang lena diulit Nurul tapi sekarang ni tak lena diusik Adana. Budak ni memang jaga malam tapi nasib baik la Nurul masih dalam cuti jadi dia aje la yang layan Adana. Kekadang aku kena jugak bangun buat susu dalam mamai mamai.

Gambar Adana tu aku shoot pagi Sabtu dan Ahad tadi. Aku tengok Nurul pakaikan baju yang Peri Ungu bagi, lalu dengan pantas aku capai kamera dan snap berpuluh-puluh shot pasal pesan si Peri Ungu ni kalau pakai baju tu tolong ambek gambar, jadi aku ambek la gambar demi tak menghampakan permintaannya sambil tu boleh la jugak aku asah skil aku sampai tajam menikam.





Monday, May 18, 2009

Pre Wedding Epit & U'U'

Ahad lepas aku bersama adikku azmil dan Effa (adik iparku isterinya Azmil) telah tepat terpacak jam 8.30 pagi di Presint 2, Putrajaya. Kami ada tugas iaitu shooting pre wedding Epit & U'U'. Lokasi pertama kami di depan Istana Kehakiman. Sempat ambik beberapa shot kat sini. Pojiepun turut join sama. Kiranya 3 photographer untuk satu couple ni. Cuaca agak cantik tapi panas pagi dah mula memancar mancar.

Habis kat situ terus kami pergi ke Tasik sebelah Masjid Putrajaya. Kat sini tekak dah mula kering. Masing masing tak bawak bekal air kononya kalis dahaga. Habis shooting kat sini terus kami ke Taman Botani tapi sebelum situ kami singgah beli air dulu kat Petronas...kering tekak siottt! Pojie tak join kami ke Botani pasal dia kena hantar anaknya ke kelas renang. (Bagus biar anak pandai renang walaupun ayahnya sendiri tak pandai macam aku).

Di Botani aku suka, macam macam benda kami boleh buat kat sini. Lebih kurang jam 1 tengahari barulah selesai tugas kami. Tapi yang kesiannya U'U' hampir pitam kepenatan. Diorang memang best dan sangat sporting macam sporting lisbon. Diorang ni plan nak melangsungkan majlis perkahwinannya pada hujung tahun ni.

























bg

My Blog List

HEDGEBEEWHY PHOTOGRAPHY


About Me

My photo
Aku adalah aku, hanyalah seorang hamba Allah yang sentiasa mengharapkan keredhaanNya. Sesungguhnya aku seorang hamba Allah yang banyak kekurangan dan aku sentiasa mencuba untuk mencari cahayaNya.

Followers

Visited